Followers

My current obsession

Assalamualaikum w.b.t.

Fuh..fuh....dah bersawang blog ni. Last entry was 9 months ago which is last year. Tahun 2018 ni belum ada sebarang entry lagi. Jadi sebagai pembuka entry, i want to introduce my current obsession :)

Nyawa <3 td="">

Introduce my son, Yusuf Ar Rayyan, born end of last year, 2017.

Sekejap je masa berjalan sekarang ni, tengok-tengok dah masuk pertengahan tahun 2018 dah.

Alhamdulillah to what i have today. I remember one quote, "I remember those day that i pray for what i have now.". Allahuakbar, syukur sangat-sangat.

More story about his birth in next entry (hopefully diberi kerajinan untuk menaip).







Sagu Gula Melaka yang sedap



Masa cuti-cuti hari raya hari tu, terrrrajin pulak nak buat dessert yang menjadi favourite saya ni. Sebelum ni selalu beli atau makan yang orang dah buat. Kali ni bertekad nak makan puas-puas dan masak sendiri sebab lagi puas hati dari segi aspek kebersihan dan kuantiti. Cewahhh..:p


So...terhasillah....






Sedap wehhhh.....





Makan sejuk-sejuk...haihh...ni kena balik buat pulak nanti. Teringin nya lahai... ha..nampak tangan tu..ada yang tak sabar merasa :p




Resipi mudah sangat-sangat.

Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Sagu
2. Pewarna merah (rose flavour)
3. Gula merah + gula putih
4. Susu cair
5. Air untuk masak sagu dan gula merah tu.

Ha...tu je... mudah kan...rajin dengan tak je. Hehe.. Moga sentiasa diberi semangat rajin. Lol ;p

Resipi Puding Roti Yang Mudah


Assalamualaikum w.b.t.


Hari tu ada buat puding roti dan jadi cantik je letaknya. Terus rasa bangga dengan diri sendiri. Hoho. Sebelum-sebelum ni ada buat tapi takde la jadi cantik rupa macam gitu. Tu yang kembang kempis hidung tambah-tambah En Husband puji-puji lak. hakhak...


Ok, tak nak bebel panjang. Nak share resipi hari tu. Sebenarnya resipi puding karamel ni sangatlaa banyak, Ada yang guna telur saja (dulu memang guna resipi ni), ada yang campur dengan agar-agar dan ada yang campur dengan roti. Kali ni saya cuba buat dengan menggunakan roti.






Resipi
A. Bahagian base-karamel
1. 3 sudu besar gula biasa
2. 4 sudu besar air suam (I guna half mug ikea sebab nak bagi kurang kemanisannya dan banyak sikit air gula tu)

B. Bahagian puding roti
1. 4 keping roti gardenia
2. 1 cawan susu cair (i guna mug ikea)
3. 4 sudu besar gula
4. 3 biji telur

Rasanya tu je kot. So proceed dengan buat base karamel or gula yang tak berapa hangus. Jangan bagi hangus/hangit coz nanti tak sedap :p.

Cara-cara
A. Karamel part
Masukkan 3 sudu besar gula ke dalam kuali yang panas (tak panas pun takpa tapi kena tunggu lama pulak untuk gula cair)
Keep stirring sampai gula cair.
Dah cair, masukkan air 4 sudu besar tu dan kacau cepat-cepat supaya campuran tadi tak jadi keras.
Bila dah sebati, campuran tu dan tak berkerak, boleh tutup api dan terus masukkan ke dalam loyang or bekas yang sesuai untuk dikukus.


B. Bahagian roti
1. Campur semua bahan yang disenaraikan dan masukkan ke dalam blender.
2. Blend sampai rasa-rasa dah hancur. Kalau suka kasar and ada tekstur roti, blend sikit-sikit dahla. Hehe.
3. Dah puas hati, boleh masukkan dalam loyang base karamel tadi.
4. Kukus dalam periuk selama 30 ke 40 minit atau sehingga bila dah cucuk garpu ke dalam puding, kalau tak melekat, maksudnya dah masak la tu.
5. Tips nak bagi elok cantik terletak je puding dan base karamel tu, bagi sejuk pada suhu bilik dulu. Dalam 15 min macam tu, then telangkupkan untuk keluarkan puding tu. Lepas tu sejukkan dalam peti ais. Dah sejuk baru best nak makan. hehe

*** My verdict: Keseluruhan rasa ok. Tapi bagi yang sweet tooth (yang suka manis-manis ni), bahagian roti tu kurang sikit rasa manis. Tawar la pendek citer. Tapi bila makan dengan campuran air gula karamel tu, manis la rasanya. Kalau yang suka manis-manis, nanti korang tambah la sukatan gula lagi. 

Ok, sekian perkongsian resipi di kala ini.