Friday, January 15, 2010

Seorang wanita dinikahi kerana...

Salam.i know most of us know about this.Just want to share and also reminding to myself...

Telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat;
  1. kerana hartanya
  2. kerana keturunannya
  3. kerana kecantikannya
  4. kerana agamanya.
Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” -Hadith Riwayat Imam Bukhari & Muslim

Hadis ini sangat jelas bahawa Rasulullah SAW telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai keutamaan dalam mencari jodoh serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.

Bagi golongan wanita pula Rasulullah SAW telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita.

Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda,
“Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.”

Justeru itu adalah penting bagi kaum lelaki agar menyediakan diri ke arah itu (beragama dan berakhlak). Apabila seseorang itu mempunyai pegangan agama yang baik serta berakhlak mulia, rasa tanggungjawab itu akan hadir dengan sendirinya (bukan bermaksud “Encik Tanggungjawab” itu akan datang berjalan kaki jumpa anda tanpa dipinta…harap maklum).


Pesanan untuk diri sendiri : Sediakan diri jadi yang terbaik, InsyaAllah akan dapat yang terbaik.Amin.


**credit to abg long a.k.a. muhaimin ;p

No comments:

Post a Comment

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend