Monday, August 16, 2010

.::Selamat Menyambut Bulan Ramdhan::.


Salam.
Harap-harap masih belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Berpuasa.Ini hari yang keenam umat Islam di seluruh dunia berpuasa (tolak campur waktu kat Meridian Greenwich la).

Banyak pahala yang dapat kita kejar dan ambil dalam bulan puasa ni.Ada imam kat masjid yang saya pergi, beliau berkata bahawa satu amalan fardhu yang kita lakukan pada bulan puasa ini bersamaan dengan beberapa kali ganda amalan fardu yang kita buat di bulan yang biasa. Subhanallah..banyak tu.Itu baru perkara fardhu...perkara yang wajib kita lakukan seperti solat, belum termasuk lagi perkara sunat yang kita buat...Jadi kesimpulannya, jom kita kejar pahala yang berlipat ganda dalam bulan yang sangat-sangat mulia ini.Mana tahu, sempat ke tidak kita jumpa bulan yang best ni di tahun-tahun hadapan.Dan jangan lupa pada umat Islam di negara-negara yang tertindas dan menderita.Tolong la mereka setakat mana yang kita mampu.Berdoa untuk kesejahteraan mereka pun sudah memadai.InsyaAllah.

::Beramal seolah-olah inilah bulan Ramadhan yang terakhir bagi kamu::



-->Kesian umat Islam di Palestin.Ya Allah, lindungilah mereka dari segala ancaman pihak yang satu lagi itu.Semoga mereka berada di dalam limpahan rahmatMu Ya Allah.Amin.

No comments:

Post a Comment

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend