Friday, September 3, 2010

Bahana Tinggalkan Solat Fardu



Salam semua...


Entry kali ni saya nak share info tentang bahana or akibat yang akan diterima oleh kita jika meninggalkan solat fardu..iaitu solat yang wajib kita tunaikan...Subhanallah...ni saya jumpa kat laman web Oh Islam.Peringatan untuk diri saya sendiri dan share dgn kwn2 jgk...mungkin ada di antara kawan2 dah tahu kan...tp kpda yang belum tahu...jom kita bca n teliti bersama.



Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu


Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.


Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.


Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.


Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.


Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.” Sahabat Oh! Islam sekalian, ketika anda membaca artikel ini anda masih menyedut udara untuk bernafas. Adakah udara itu diredhai Allah SWT? Jika Allah mengenakan charge RM10 setiap kali kita menyedut udara, sudah tentu baru ramai antara kita yang akan tersedar dari tidur.


Artikel ini ditulis untuk berpesan-pesan pada diri saya yang hina ini. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami. Kuatkanlah iman kami dan cekalkanlah hati kami ini untuk mencari jalan kebenaran yang kau redhai. Amin Ya Rabbal Alamin.


Sahabatku sekalian, bangunlah dari tidur. Sembahyang lah kamu sebelum kamu disembahyangkan.









No comments:

Post a Comment

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend