Followers

Asmara



Macam panas je tajuk di atas...asmara ke asrama...serius..kadang-kadang boleh terkonfius.
sebenarnya saya nak cite tentang cerita Asrama Asmara (serius, saya check banyak kali untuk pastikan ejaan dah betul ni) kat slot Lestary kat tv3 tu.




pic by Google




ni hero dan heroinnye :

another pic by google


Saya ada terbaca review orang ramai tentang cerita ni, dalam hati, memang tak berminat langsung nak tengok.Tahla....lately, cite-cite kat tv ni macam dah ketandusan idea n sangatla tak best.Dalam hati terdetik jugak (cewah..ayat tak tahan =p), best ke citer ni.Tengok banyak jugakla good review tentang citer ni...meh nak gtau, faktor yang mengurangkan tahap keminatan saya untuk menonton cerita ini....


1) Hero dan heroin tak bape nak terkenal....

2) Saya tak suka hero dia..nak tau sebab apa.....ohh...dia ni memang takde sangkut paut dengan saya...tapi dulu saya pernah terbaca statement dia dalam satu magazine....dia ni tak suka gadis melayu...dalam hati..eiii...macam la gadis melayu nak kat ko...perasan sungguh..kononnya dia nak gadis mat saleh la...or other than malay girl.so...kat situ dah ada bad impression untuk dia.

3) Plot cite macam dah biasa kita tengok...

4)Klise...mcm biasa...orang melayu..kalau dalam cite-cite kt tv or movies...msti nak bagi nampak kaya yang teramat....lokasi pun umah mewah-mewah...saya akui..memang ada orang melayu yang sangat kaya..tapi...agak-agakla nak dimasukkan dalam drama...

5) Tah...saya memang tak tgk..jadi tak tau apa lagi faktornya..haha...


ok...tu benda yang saya nampak la...TAPI.....tetiba hari selasa lepas...terasa macam nak tengok cite ni...ye la...orang dok canang...pelakon ni pandaila bawak watak...bla..bla...byk lagila pujian...saya pun nak tengokla...betul ke bagus sangat citer ni...


hmm...after 1 hour tengok cite....ok..not bad....boleh tahan..sy boleh bagi 4 stars la....gigih tunggu sampai hbis citer..nak tengok syarikat produksi mana yang buat filem ni...sekali...


SUHAN MOVIES


owh..ok...saya memang akui, cerita dari produksi rosyam noor ni memang bagus jugak..agak berkualiti...


oh..lupa plak nk citer sinopsis...errkk..kna letak ke?malas btol..hehe...xpe..xpe..ni sy jmpa kt stu blog...dia pn copy jugak...hehe...credit to budiey...

Sinopsis Drama Asmara

ASMARA mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah.
Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shaz Jazle) mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya. Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna).

Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya telah membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.

Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri dek kerana terhutang nyawa. Zaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan. Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak.

Zaliya terpaksa menangguhkan pembelajarannya di kolej kerana kandungannya semakin membesar. Sahlan bimbang jika rakan-rakan perniagaan akan mengetahui tentang Zaliya telah mengurung Zaliya di rumah. Walaupun tidak mencintai Zaliya, Asmara telah bertindak untuk melindunginya dan berpindah keluar daripada rumah Sahlan.

Asmara telah memikul tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan berusaha untuk menjaga keperluan harian Zaliya yang sedang sarat mengandung. Zaliya mula berbaik-baik dengan Asmara dan jarang sekali bergaduh dengannya kerana Zaliya banyak bergantung kepada Asmara.

Raziq pula berasa tidak puas hati kerana Zaliya tidak mengugurkan anaknya dan telah merancang sesuatu.

Pelakon Drama Asmara

Faezah Elai, Shaz Jazle, Faralyna, Nazim Othman, Fiza Elite, Syed Ali, Rahim Jelani, Dian. P Ramlee, Mustapha Kamal dan Fauziah Nawi




ok..sekian review untuk citer ni...da~






2 orang nak bagi idea:

  1. kalau citeni dari korean mesti pzah suke kn~hehehe

    ReplyDelete
  2. fiz!
    amiey giler gak ngan cite asmara nih!
    memule cite ni ditayangkan kat yv3 amiey tak tgk p0n.. tapi tah cam ner.. g0dek2 t0nt0n.. jumpe cite tu.. s0, tgk r dari ep 1-4..
    mang best giler fiz!

    ReplyDelete