Followers

Info: Hati-Hati dengan Cermin




Salam. Macam dah lama tak post new entry kan.


Di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, jadi mood untuk berblog pun dah menurun.Tapi jangan risau, blogwalking still berjalan.Saya masih melawat blog-blog sahabat saya sekalian.Ha, next entry saya akan cerita beberapa blog pilihan saya.Cant wait to write about that.Just my expression about this blog, the content and the words in that blog, it is very meaningful. Kata-kata dan cara pengolahan cerita dan pengalaman blogger ni, sangat menyentuh naluri kita sebagai umat Islam.


ok, dah terlebih pulak bercerita.sory...sory...entry hari ni saya nak share satu info.Sebenarnya saya dah lama tahu pasal ni cuma tak teringat langsung nak share. Lepas saya 'berjalan' di blog kawan-kawan, saya terjumpa artikel ni so saya nak kongsi dengan anda semua.Mungkin ada dikalangan anda yang dah mengetahui tetapi pasti ada juga yang belum mengetahui, jadi renung-renungkanlah...


hati-hati dengan 'cermin' di hadapan anda apabila mencuba pakaian baru di dalam bilik persalinan di kedai-kedai ATAU shopping complex ATAU tandas-tandas awam ATAU hotel-hotel. Just be caution k!






                                                    
                                                      
                                                                        
                     
Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).



Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati. Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin dua arah?.Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya dua arah tapi untuk di kawasan tumpuan awam :


LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI) Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat). Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI".


Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan diri anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !


Para wanita : beri tahu teman-teman anda yang lain. Para lelaki: beri tahu isteri, anak perempuan atau teman wanita anda mengenai tips ini





~perkongsian dari rakan blog~
















2 orang nak bagi idea:

  1. 1st time dgr sal ni... tq2 untuk entry ni fizah. pasni kena extra careful klu dlm fitting room

    ReplyDelete
  2. ye ke...xpe2...be extra careful la lps ni k :)

    ReplyDelete