Thursday, February 17, 2011

Membaca tak semudah ABC

Aku baru je lepas mengajar budak-budak darjah 2 kelas B. Ya Allah, memang terkejut yang amat sangat dengan pencapaian mereka. Aku tak sangka....sungguh tak sangka, rupanya mereka ini langsung tak pandai membaca. Itu yang sempat aku tanya pada dua tiga orang. Yang lain-lain tu, haiiii...tak tahula. Rupanya macam ni la penduduk luar bandar, ermm, takdela luar bandar sangat. Entahla, siapa yang patut disalahkan.



Padahal mereka ni pernah belajar di pra-sekolah dan darjah 1 jadi semestinya dengan logik akal kita, dah banyak la yang mereka pelajari. Kalau setakat membaca perkataan CARI dan PADAM, macam kacangla kita kata. Tapi....aku sangat-sangat terkejut. Aku perlu cari alternatif lain....tapi apakah....?




Mungkin bagi mereka, membaca tak semudah ABC...
















1 comment:

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend