Wednesday, February 23, 2011

Mati hidup semula, Christchurch dilanda gempa bumi

Assalamualaikum.



Agak lewat hari ni punye entry. Cuma nak share tentang kes Mati Hidup Semula. Ini memang benar-benar terjadi. Tadi, saya bersembang dengan seorang cikgu, beliau membuka satu cerita tentang seorang remaja perempuan. Beliau dah disahkan mati oleh doktor, sijil mati dah dikeluarkan, kad pengenalan sudah dipotong, mayat sudah dikapankan.  Tiba-tiba, ketika orang sedang solat jenazah, mayat tersebut bergerak-gerak. Rupa-rupanya dah hidup semula. Wallahualam.




Pada pendapat saya, kes seperti ini tidak mustahil. Bukankah ayat Kun Faya Kun itu telah membuktikan bahawa Allah mampu untuk membuat apa sahaja.



Sebelum ni, saya pernah juga baca tentang kes yang hampir sama dalam sebuah majalah. Orang yang mati hidup semula ni menceritakan semula apa yang dialaminya sewaktu 'mati' itu seperti kena api, kena seksa dengan malaikat dan walaupun nampak seperti...entahlah perkataan apa yang patut saya isi, tapi dengan menggunakan akal fikiran kita yang waras, sebagai seorang umat Islam, kita patut tahu, semua yang berlaku ada hikmahnya. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya. Contohnya kejadian tsunami di Achech dan yang terbaru, semalam di dalam Buletin Utama memaparkan Christchurch di New Zealand dilanda gempa bumi,. Ya Allah, bangunan runtuh di sana sini, hospital terpaksa dikosongkan.






Jadi, bila kita renung kembali, mungkin itu pengajarannya, kita janganlah tinggalkan suruhan Allah, pegang agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw yang kita kasihi itu. Jangan tinggalkan yang wajib dan amalkan sunnah Rasul. InsyaAllah, moga terhindar dari segala yang berlaku.









ps: pictures are courtesy by google

Thank you for reading (^_^)




1 comment:

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend