Friday, March 11, 2011

Saya TAK NAK Blackberry dan Iphone!

Perghhh....belagak sunggoh....tak mau blackberry no....orang sana sini dok gila dengan BB ni, hang tak mau ka fizah oiii.....



hahahaha....tajuk entry kali ni sunggoh perasan dan berlagak kan....ok...meh saya nak cite apa yang berlaku sebenarnya. BB atau blackberry...




siapa yang tak mau, tambah-tambah kalau dapat free kan...ingat tak entry saya yang meracau gilakan BB tu....cehh...mesti tak ingat...takpa...takpa...ampa check SINIdan jugak SANA




tetapi, setelah sekian lama saya terpesona dengan kecanggihan dan kehebatan hp yang mahal-mahal ni, saya telah mengambil keputusan yang lebih bijak*tet* untuk mencari handphone yang mempunyai ciri-ciri 'built-in fm transmitter'. I'm totally crazy about this kind of handphone. Selama ni, saya tak pernah ambil tahu pun tentang apa itu 'fm transmitter'....bila dah tau, tu pun tahu dengan tak sengaja, baru la meracau nak cari hp macam ni....tapi...bukan dalam masa terdekat la....




eh, saya duk membebel tentang FM TRANSMITTER ni, korang tahu ke ape kebendanya tu? Ke saya je yang macam katak bawah tempurung...baru je menyedari kehadiran benda ni....tapi bila sembang-sembang dengan kawan-kawan yang lain, depa pon tak tau jugak....takpe....untuk sesiapa yang tak tau lagi, apa tu FM TRANSMITTER, meh chek habaq...kalau yang dah tau tu, hampa buat-buat tak nampak ja la no....




okeh...FM Transmitter adalah satu device yang boleh digunakan untuk menukarkan signal siaran radio (i dont know how to elaborate in technical way), tukar untuk apa? ha, meh chek bagi satu situasi:




Situasi yang biasa berlaku:

Handphone Aminah banyak sangat lagu. Beliau sangat malas untuk memindahkan lagu-lagu tersebut ke dalam pen drive mahupun untuk 'burn' lagu tersebut ke dalam cd.



Ye la, buang masa nak tunggu 'burn' dan juga bazir duit*erkkk*. Aminah bekerja setiap hari dan beliau pergi kerja dengan menaiki kereta. Apabila menghadapi kebosanan dengan 'traffic jam' yang sukar dijangka itu, beliau pun mendengar lagu-lagu yang terdapat di dalam cd beliau. Dan apabila mencapai satu tahap iaitu kebosanan yang melampaui batasan,beliau pun menukar ke stesen radio pilihan iaitu red.fm.



Nak dengar radio, iklan pula asyik berkumandang.maklumla, peak hours, time petang-petang, orang nak balik kerja, stuck in traffic jam so bukak la radio. time ni la bermacam iklan nak berkumandang di udara, dengan berita lagi. Bertambah lagi stress beliau.



Jadi, untuk menghilangkan ke'tension'an dan ke'stress'annya, beliau menggunakan hp nokia n86 yang telah setahun dimiliki dan hp tersebut mempunyai kehebatannya yang tersendir.yaa...apakah kehebatannya itu....ia mempunyai fm transmitter yang amat digilai oleh cik fizah ini. Dan dengan beberapa klik sahaja, lagu yang terdapat di dalam hp beliau dapat dipindahkan ke sistem audio kereta yang mana, kualiti bunyinya lebih mengancam, mantap dan lebih enak didengar dengan halwa telinga Aminah itu.



ok, tamat sudah situasi tersebut, agak-agak, korang faham tak? okeh...kalau tak faham lagi, maksud dari cerita di atas tu, SEMUA lagu yang ada dalam hp korang boleh didengar menggunakan sistem radio/audio dalam kereta korang dengan hanya menggunakan frekuansi yang sama. Macam mana nak buat?



Bukak playlist lagu korang tu, cari detail dan pilih FM TRANSMITTER...bila pilih fm transmitter tu, dia suruh set bape frekuansi, so letak je 88.20 (contoh je) dalam masa yang sama, radio dalam kete korang tu, kenala set jugak 88.20Mz jugak....dan settle....boleh dengar lagu yang ada kat hp. Tak payah buang masa burn cd...penat beb....



ha, tak semua handphone ada fm transmitter ni...hanya beberapa saja dan kebanyakannya adalah dari nokia. contohnya...




Nokia C7






Nokia N97






Nokia N86


 Sekian, TQ for reading (^_^)



p/S: Maafkan saya kerana menggunakan tatabahasa dan perkataan yang amat mustahil wujud di kamus dewan bahasa di kala ini.


Kalau tak faham, sila tanya. Saya sangat suka menjawab pertanyaan anda =)


















No comments:

Post a Comment

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend