Thursday, April 7, 2011

Sekian lama, akhirnya timbul jugak

Assalamualaikum w.b.t.


Apa khabar kamo...kamo? Saya...alhamdulillah...baru baik dari sakit...uhukuhuk...takpe--takpe...kita sakit sebab Allah sayang dan uji kita kan. Bila sakit...mood nak blog pun jadi 'swing' je...serius takde mood nak menulis, dan untuk bukak blog sendiri pun tiada mood. Dan hari ini, apabila hati sudah tergerak untuk melihat blog kesayangan ini...ouch...sedihnye....rupanya dah lima hari blog ku bersarang labah-labah.





Sebenarnya, banyak perkara berlaku....erkk...takdela banyak sangat. Sebenarnya, saya dah dapat kerja baru. Kerja ni pun saya memang tak sangka dapat sebab setelah 3 bulan lebih saya menghadiri interviewnya. memang dah pasrah, tak dapat, dan hati saya pun dah bertekad untuk sambung belajar. Tiba-tiba, one good afternoon, i got this call, kata saya di-offer. Mula-mula terkejut dan happy jugak....tapi seiring masa pantas berlalu, saya dah tak tahu nak fikir, mana patut saya pilih. Kerja sekarang, memang sangat mudah dan...saya percaya dalam 1 dalam seratus atau seribu mungkin, tak semua boleh dapat kerja saya yang sekarang ni. Bukan nak kata kerja ni best tahap gaban...best gila-gila...bukan sebenarnya cuma kerja, biasa-biasa dan alhamdulillah, tak banyak kerja pun dan masa saya memang banyak free, kawan-kawan sekerja yang best, dan yang paling hebat, sebab saya dapat kerja di tempat saya mula-mula menuntut ilmu, of kos after tadika la dan berjumpa semula guru-guru yang pernah mengajar saya DAN...ini PALING BEST, saya dapat tinggal dengan keluarga saya yang TERCINTA. perghhh...capslock habis...;p.



Setelah penat merantau (merantau la konon...haha...) silap, setelah penat belajar jauh-jauh, so, saya happy apatah lagi parents saya dan my toks (ade S ok...it means, banyak...xdela banyak, 2orang je...) sangat-sangat happy bila saya dapat bekerja dan duduk di rumah sendiri bersama mereka. Itu yang membuatkan saya kembali berat hati untuk bekerja di tempat baru tersebut.


Saya susah hati, masa saya tanya pendapat my parents tentang kerja ni, mereka hanya menyerahkan bulat-bulat keputusan etrsebut kepada saya. Ini membuatkan saya tak tahu langsung apa yang patut saya buat.ye...saya sangat tertekan. Tapi bila fikir-fikir balik, kerja yang baru ni, memang totally related to what i'm studied before....manakala kerja sekarang, totally different...adela nak dekat-dekat 360 darjah jugak. Tapi ye la, kita pernah dengar kan, masa bekerja or zaman bekerja, kita takkan semestinya dapat buat or kerja dengan bidang yang kita amik dulu. Saya pernah dengar cerita yang ada seorang perempuan ni, belajar sampai masuk universiti, lepas grad, tak dapat kerja then kerja la cikgu sandaran. Cikgu sandaran, apela sangat kan, maksud saya, tempoh kerja cikgu sandaran ni, setiap 3 bulan je kan...lepas tu, kalau takde..takdela.so dia apply jadi PPM iaitu pembantu pra dan memang rezeki dia, dia dapat. cuma, bukan kerja pilihan dia so kerja pun...macam nak tak nak je.




Bila persekitaran saya di sekolah, ramai orang termasuk ibu saya sendiri cadangkan saya amik KPLI...serius...memang sangat ramai orang suggest...tapi, saya tak berminat. Saya tak tahu kenapa, mungkin tahap kesabaran saya yang agak-agak nipis bak ulas bawang merah membuatkan saya takut untuk bergelar pendidik. Apatah lagi, tugas pendidik ni bukan setakat mengajar je, kita perlu tunjuk contoh dan teladan yang baik. Memang la kerja jadi cikgu best, sebab..? Gaji banyak, cuti banyak, masa kerja pun kejap..tengahari dah boleh balik rumah TAPI kalau kerja semata-mata sebab tu je, baik tak payah. Berkat...memang takdela...saya mencari kerja yang betul-betul dapat buatkan saya terlalu obses dan fokus kepada kerja tersebut dengan kata lain, kerja yang betul-betul sesuai dengan jiwa saya...Tapi............saya tak tahu apa yang saya mahukan sebenarnya...hmmm...


oh...ini adalah luahan hati saya. Setelah beberapa kali berfikir, patut ke tidak saya publish...ermm...publish je la..ok...da~



sekian, TQ for reading.



2 comments:

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend