Friday, July 22, 2011

Perihal Malaysia lawan Chelsea dan Annissa

Malam ini, Malaysia telah tewas ditangan Chelsea sebanyak 1-0.



alahai, 1-0 je. bukan banyak pun kan. tapi saya tetap tak berpuas hati dengan cara permainan  mereka. walaupun saya bukanlah peminat no 1 sukan bola sepak ni, tapi saya tengok jugakla sikit-sikit. World Cup pun sanggup stay up awal pagi semata-mata nak tengok team favourite saya bermain. so, sedikit komen, permainan tadi nampak seperti disengajakan ataupun Chelsea sengaja tak bermain bersungguh-sungguh. itu pendapat saya, jangan lah peminat fanatik Chelsea or Malaysia marah saya ye...Nampak Malaysia macam mudah je bermain...tak macam lawan dengan MU dulu. 7-0. fuhh...


Apa-apapun, pasukan Malaysia patut dipuji kerana memang terang di situ, mereka amat menjaga benteng pertahanan. Susah jugak pemain Chelsea nak boloskan bola ke tiang gol tu...So, congrats to Harimau Malaya even saya macam sokong Chelsea je malam ni...ahakz!





Cerita Annissa juga berakhir malam ni. ralat juga tak dapat tengok endingnya. Tapi takpe, esok boleh tengok tonton.com.my kat ofis. Internet laju sikit. Harap boleh tengok dengan tanpa tersekat-sekat. Tapi kawan saya cakap, endingnya Annissa ni tergantung je. Anna dapat tau dia pregnant lepas tu terus habis cerita. Macam ada kesinambungan Annissa 2 je lepas ni. Harap-harap adela. Tapi watak suami dia dengan Balqis dah takde. macam tak best la pulak....Sheila pun da jadi gila. Cuma Sara je setia di sisi Anna.





ok, selamat malam semua. tata.



TQ for reading this entry (^_^)







No comments:

Post a Comment

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend