Adakah persiapan kita sudah mencukupi untuk menyambut bulan Ramdhan kali ini?
Assalamualaikum w.b.t.
Tak berapa lama lagi je kita bakal menyambut bulan Ramadhan yang sangat-sangat dikejar oleh golongan mukmin. Bulan yang penuh keberkatan, bulan yang mana, pahala amalan di bulan ini sangat-sangat besar dan banyak.
Tetapi, sebelum kita menyambut bulan yang mulia ini, adakah diri kita sendiri bersedia untuk 'menyambutnya'? Bersedia berpuasa dari segi rohani dan jasmani? Menjaga bicara, mulut dari berkata-kata tentang perkara yang tak sepatutnya dikata, menutup pandangan daripada melihat sesuatu yang tidak elok malah tidak patut untuk dipandang?
Sama-samalah kita bermuhasabah diri. Semoga Ramadhan kali ini membawa dan memberi seribu atau sejuta makna kepada kita semua. InsyaAllah, moga kita dapat melipatgandakan usaha untuk mengejar pahala di bulan yang mulia ini dan semoga mendapat malam Lailatul-Qadar. Mungkin terlalu awal untuk dibicarakan tentang malam Lailatul-Qadar ini.. Tapi, isi utama yang saya nak kongsi di sini adalah, persediaan kita untuk menyambut bulan Ramdhan, apakah cukup persediaan kita?
Moga direnung bersama. Peringatan untuk diri sendiri juga. Wallahualam.
Thank you for reading this entry (^_^)
Welcome to my space, the place where I shared some of the sweet, sour and bitter's moment in my life.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ABC Salji
Assalamualaikum w.b.t. Last weekend
-
Assalamualaikum w.b.t. Hari ini saya nak share resipi 'otai' atau koboi. Senang je nak buat. Bahan pun mudah. Orang tak pandai ma...
-
Assalamualaikum w.b.t. Entry terperam. Haha. Rasanya, selepas ini saya nak kongsi pengalaman saya menggunakan beberapa barang atau ...
No comments:
Post a Comment