Followers

Segmen MO (Bloglist) : Saya Anak Sulung dalam Keluarga




Assalamualaikum w.b.t.


Tadi saya blogwalking ke beberapa blog dan ternampak satu entry. Terdetik dalam hati, menarik jugak...cuma tak tahu macam mana saya nak mulakan untuk menulis entry ini. Oh, MO, saya nak join segmen anda ya ;)



Menjadi anak sulung dalam keluarga, banyak jugak tanggungjawab yang perlu digalas terutamanya bagi yang lelaki la. Alhamdulillah, walaupun saya anak sulung, tetapi disebabkan saya anak perempuan jadi tak terasa sangat tanggungjawab tu. Tapi jangan diingat saya tak pernah dipukul dan dimarah oleh ibu bapa saya, itu sudah semestinya. Ye la, baru nak belajar hidup, jadi banyak jugakla buat salah. Tambah-tambah sewaktu saya kecil+budak-budak, saya tersangatla nakal. Hehehe...sangat-sangat ye...Memang selalu la saya dihukum dan dirotan.Ingat lagi, time tu saya malas nak mengaji, mak atau datuk saya mesti akan siap rotan untuk pukul kat tangan. Sedih memang sedih sebab masa tu, ye la time budak-budak kan, saya buat perbandingan, kenapa saya yang kena pukul, adik saya tak kena pun. Nada tak puas hati memang ada. Kalau apa-apa pun, saya yang kena, adik saya dapat layanan special betul walaupun dia anak lelaki. Tu yang saya tak puas hati. Tapi sekarang bila dah dewasa, eceh....dewasa la konon...saya dah faham the reason why orang tua-tua mengajar budak-budak dengan cara memukul. Alhamdulillah, walaupun saya takdela perfect mana hari ni tapi saya bersyukur sangat-sangat dengan saya yang hari ini. Dengan didikan dan suruhan oleh ibu bapa, datuk dengan nenek, alhamdulillah saya berjaya sekarang.


Kemuncak yang paling best (walaupun ada lagi banyak best ;p), saya kena tunjukkan keputusan peperiksaan yang bagus untuk dijadikan teladan bagi adik-adik saya dan saya bersyukur sangat-sangat, keputusan UPSR saya adalah yang paling bagus antara kami adik beradik. Kiranya adik-adik saya tak mampu mengatasi keputusan saya lagi. Bukan bermaksud saya ingin membangga diri, tidak! Tapi terselit sedikit perasaan yang sukar digambarkan tu (^_^). Dan saya berharap agar adik-adik saya lebih berjaya lagi dari saya selepas ini.
InsyaAllah.


Eh, macam luahan perasaan saya pulak...hehe. Ha, saper-saper yang berminat untuk join bloglist MO ni, click la banner kat bawah ni. MO, blogger yang best. Suka sangat saya baca blog dia yang banyak memberi nasihat dan pengajaran.


banner



Klik jangan tak klik ye..eh ni bukan klik iklan ke ape...kang ade yang tersalah faham..hehe...



Sekian, terima kasih kerana membaca (^_^)



3 orang nak bagi idea:

  1. hehehe.. terima kasih sudi join..

    so far, result UPSR, PMR, SPM MO pon belum diatasi oleh adik2..heheh.. bukan nak membangga diri jugak, cuma kita sebagai anak sulung kena tunjuk contoh akademik yang baik kan. :-)

    ReplyDelete