Welcome to my space, the place where I shared some of the sweet, sour and bitter's moment in my life.
Monday, September 5, 2011
Jalan raya
Assalamualaikum w.b.t.
Hari pertama masuk kerja, alhamdulillah mood kerja dah kembali SIKIT. Agak tak puas jugakla beraya dan duduk-duduk kat rumah di Perlis. Tapi apakan daya, kerja tetap kerja. Tanggungjawab tu. Tapi, bila dah datang ofis, apa yang paling menaikkan semangat, berjumpa dengan ofismate dan bertukar-tukar. Haa..tadi jadila macam kedai kopi kejap. Pong pang pong pang cerita... Tapi bila masuk bab buat kerja, aduh...memang mood tu belum datang. Aiseh...Kena wakeup call cepat-cepat ni.
Cerita pasal saya balik semalam, alhamdulillah, perjalanan so far so good cuma saya hampir terlalai kejap. Memang berdebar jugakla. Time tu tengah speed sedang-sedang, dahla naik bukit so memang tekan minyak sedikit la. Tiba-tiba saya teralih pandangan tengok apa tah dalam kete. Bila je naikkan pandangan untuk tengok jalan, aisehhh, hampir-hampir nak berlanggar divider. Memang bersyukur sangat-sangat. Kakak sepupu yang duk sebelah saya pun macam takut-takut jugak.Tapi saya kena la berlagak steady kan. Kang nanti lagi emosi. Tengah-tengah syok speed, adela jalan dan berhenti kejap-kejap. Pelikla kenapa dan sambil sembang-sembang dengan sepupu saya tu, ni mesti confirm ade excident. Kawan saya pun ada sms kata ada excident area tu...polis siap lalu lorong kecemasan dengan Lancer lagi. Sekali bila dah jalan...jalan...jalan...tak de apa-apa pun, just kereta dialihkan ke tepi jalan je. Memang tengah-tengah jalan takde apa-apa pun. So memang pelik la. Apsal la tetiba slow padahal takda apa-apa. Tapi apa yang saya perhatikan, selalunya perkara sebegini sering berlaku terutamanya kat MRR2. Kereta rosak sikit je kat tepi jalan tu. Tak mempengaruhi apa-apa pun. Tapi kenderaan memang bergerak perlahan. Agaknya nak tengok apa yang berlaku kot. Dan satu lagi, bila kereta di sebelah lorong satu lagi rosak or excident contohnya, laluan di sebelah sini pun turut alami kesesakan. Padahal memang takda apa-apa yang berlaku. Bukan bermakna saya taip di sini, saya complain apa-apa, its just that...saya geram je. Apa apa pun saya bersyukur semuanya selamat. Cuma on the way back tu, saya sesat. Masuk tol plus balik cuma nyaris tak masuk susur ke ipoh dan sungai buloh. Huhuhu..
Okeh.. itu saja untuk masa kini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ABC Salji
Assalamualaikum w.b.t. Last weekend
-
Assalamualaikum w.b.t. Hari ini saya nak share resipi 'otai' atau koboi. Senang je nak buat. Bahan pun mudah. Orang tak pandai ma...
-
Assalamualaikum w.b.t. Entry terperam. Haha. Rasanya, selepas ini saya nak kongsi pengalaman saya menggunakan beberapa barang atau ...
No comments:
Post a Comment