Followers

Rasa hati ini



Assalamualaikum w.b.t.


Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Ucapan kebiasaan yang kita dengar apabila tibanya hari raya ni. Tapi apa boleh buat, takkan nak kata benda lain kot. Kalau kanak-kanak pulak, diorang mesti kata, 'nak duit raya' atau 'duit raya ada dak?', itula kata-kata dari adik-adik sepupu saya. Aduh, pening kepala kalau nak dengar seorang-seorang cakap.


Malam-malam macam ni, saya bukak jap facebook saya tu. Dah berapa hari tak bukak. Ternampak beberapa keping gambar kawan saya yang belajar di luar negara beraya. Sungguh, dalam hati ni terdetik sedikit rasa cemburu. Bukan bermaksud beraya di luar negara itu menyeronokkan tapi dengan pengalaman yang kita perolehi dari luar tu, itu yang berharga. Saya sangat cemburu dengan dia sebab walau tak dapat belajar degree kat luar negara tapi kawan saya ni sanggup berhempas pulas berusaha untuk belajar master kat luar negara dan akhirnya dia berjaya. Saya sangat gembira untuk dia dan memang..memang agak jeles jugakla bila tengok album-album gambar yang dia upload kat facebook. Memang merata sungguh dia berjalan. Tapi, apakan daya, nasib belum menyebelahi saya. InsyaAllah, saya akan pastikan, kalau tak dapat belajar di sana, dapat berjalan-jalan pun cukupla...hehehe...okla..bateri laptop pn dah nak habis...sekian dulu utnuk masa kini..


Eh, lupa lak saya nak wish, Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk anda semua yang terjah ke blog saya di kala ini. Maaf andai ada post saya yang tulis mengguris hati anda.


sekia, tQ.










0 orang nak bagi idea:

Post a Comment