Tuesday, December 6, 2011

Sambungan : Tanam Anggur

Sambungan...

Saya tak tahu bagaimana nak mulakan. Sekarang, sambil mendengar lagu Cinta dan Benci by Geisha...feeling-feeling sekejap. Ahakz!

Sungguh aku tak bisa
Sampai kapan pun tak bisa
Membenci dirimu
Sesungguhnya aku tak mampu...



Entahla, cinta dan benci bagai anggur dan isi..erkk..ye ke...ok, saya sudah mula merapu. Susah sebenarnya bila kita dah kenal dan sayang seseorang, kemudian nak melepaskan dia pergi...sulit...sukar sekali tapi kita kena faham, Jika kita sayang seseorang, dan kita lepaskan dia dengan rela hati, jika dia untuk kita, nanti dia akan kembali jua ke pangkuan kita, jika tidak, akurlah dengan ketentuan takdir.


sesuatu yang kita inginkan, semestinya kita tidak akan dapat kerana Allah akan memberikan kita sesuatu yang kita perlukan. Apa yang kita mahu, tidak semestinya memenuhi keperluan kita. Beg Coach yang berharga at least RM5ribu adalah keinginan saya tetapi adakah ia memenuhi keperluan saya? hmm...tak..itu hanyalah keinginan yang tak tercapai dek akal (mungkin 5 tahun lagi saya akan dapat kot ;p) kerana pada masa kini, apa la yang saya nak buat dengan beg coach tu..baik saya kumpul duit tu untuk pergi umrah, lagi dapat pahala. Melawat rumah Allah...allahuakbar...tak sabarnya saya untuk pergi ke sana. Mudah-mudahan dipermudahkan perjalanan ke arah itu nanti. InsyaAllah.


Sekarang, saya perlu memikirkan bagaimana untuk menstabilkan balik kehidupan saya yang bagai terkontang-konting ini. Ada masa, saya rasa seperti...entahlah...loser..tak dapat memberi tapi hanya menerima. Oh...itu sangat tidak bagus...kita sepatutnya menjadi orang yang memberi kerana tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima kan? Saya hanya ingin memberi bakti kepada kedua ibu bapa saya tetapi, dengan masalah yang menimpa sekarang ini, entahla. Saya bukan mengeluh, tidak! Saya pasti, dugaan ini hanyalah ujian kecil yang Allah beri kepada saya dan saya tahu, saya pasti berjaya melaluinya kerana Allah takkan menguji seseorang itu jika dia tak mampu melaluinya. Betul kan? InsyaAllah, saya pasti boleh melaluinya cuma ia memerlukan masa dan kekuatan dalaman.



Mungkin sekarang adalah masa untuk saya berfikir dan merenung kembali, apa yang dah saya lakukan. Apa-apa pun, peringatan dan nasihat untuk sahabat-sahabat sekalian,

Kata-kata dan nasihat daripada ibubapa merupakan petunjuk untuk kita 
melakukan apa saja dalam hidup kita. Akibatnya mungkin kita tidak nampak sekarang,
tetapi masa akan datang. Wallahualam.




Berbaktilah kepada kedua ibu bapa mu (^_^)



Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.



No comments:

Post a Comment

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend