Saturday, January 7, 2012

Apa itu Remote Sensing



Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini saya terpanggil untuk menceritakan  bidang  yang saya ambil ketika di universiti dulu. Saya yakin tak ramai orang tahu bidang yang saya telah pelajari dulu.Sebenarnya ini adalah entry terperam saya.
 Ok, pernah dengar tentang Remote Sensing atau dalam bahasa melayu, penderiaan jarak jauh tak? Hurm, remote  sensing adalah bidang yang saya belajar untuk ijazah sarjana muda saya dulu. Biasanya, orang terutamanya makcik-makcik kat kampung, okla, bukan setakat makcik kat kampung, orang-orang bandar jugakla, kalau tanya saya ni degree course apa, bila saya jawab mesti muka mereka berkerut-kerut....lepas tu mula la  nak kaitkan dengan remote control la,kereta control la. Adeh, seksa jugak nak explain satu persatu.
 Sebenarnya, remote sensing atau penderiaan jarak jauh adalah proses untuk mendapatkan sesuatu maklumat berkenaan permukaan bentuk dan maklumat lain melalui penghantaran maklumat dari sistem satelit.  Maklumat yang diperlukan adalah tidak terhad. Ia boleh meliputi bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan banjir. Melalui imej satelit ini juga, kita akan dapat apa yang ada di kawasan tertentu tanpa kita sendiri pergi ke situ (turun site).


Contoh imej satelit yang selalu digunakan....



Erm....ape lagi eh...blur pulak...











No comments:

Post a Comment

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend