Monday, January 16, 2012

Sedikit perkongsian

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar anda semua? Lama dah tak tanya khabar dengan readers. Ok, sebenarnya tuan umah tak sihat. Nak dekat seminggu. Alhamdulillah, sakit-sakit pun, masih berupaya datang ofis, buat keje sikit-sikit dan yang lain-lainya adalah...men tenet.Takpe, saya tahu sakit ni adalah sebagai ujian dan penghapus dosa-dosa kecik. InsyaAllah, moga terampun dosa-dosa yang pernah saya lakukan sebelum ni.

Right not, saya tengah rungsing. Sangat-sangat. Dalam entry sebelum ni, saya ada luahkan tentang pilihan. Pilihan yang akan menentukan hidup saya nanti.Tapi saya tak cerita secara detail. Entahla, patut ke saya reveal sedangkan saya sendiri yang kena buat keputusan?

Saya tak tahu dengan diri saya ni. Serius, apa yang diinginkan. Sedikit waktu dahulu, tika saya betul-betul berputus asa dengan kerja sekarang ni, saya dah putuskan untuk sambung belajar. Memang da tekad untuk belajar. Then bila saya dah dapat offer untuk bekerja di tempat lain, Ya Allah, memang hati saya dah berbolak balik. Nak kerja atau nak belajar. Bila saya kongsi rasa hati dengan beberapa orang sahabat, mereka ada memberi sedikit petunjuk dan saya dah dapat buat keputusan iaitu bekerja. Tapi bila saya bercakap dengan mak saya, beliau lebih terarah untuk menyuruh saya menyambung pengajian. Saya memang tersepit. Kehendak diri yang hanya menurut firasat hati atau kehendak ibu bapa yang mungkin bukan diri saya jika saya ikut kata mereka. Saya tahu, mereka hanya mahukan yang terbaik untuk saya dan itu yang membuatkan saya buntu bila kehendak saya dan kehendak mereka berbeza. Jika kali ini saya tolak offer study tu, ini adalah kali ketiga dan saya sendiri tak tahu...betulkah tindakan saya ini...


Ya Allah, bantulah hambaMu ini.










No comments:

Post a Comment

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend