Followers

Wednesday, February 29, 2012

Dah tukar baju!

Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah, dah hari rabu. Dan alhamdulillah, saya sudah berjaya menukar 'baju' baru blog saya ini. Sebenarnya dah banyak kali cuba untuk menukar template dan background blog kesayangan ni tapi tak berjumpa yang berkenan pun. Nak buat sendiri? Malasss nak tengok gode gode kod html tu...Hahaha

Sebenarnya, sangat banyak suka suki bersama blog ini dan ada sampai satu tahap tu, saya dah private kan blog ni. Tapi, ada sesuatu yang membuatkan saya tak jadi untuk private kan. Tak pela, di sini lah bermulanya saya berblog, dari tahun 2009, jadi suka suki dan kenangan yang saya catat dalam blog ini pun terlalu banyak jugak kat sini. Bila diimbas kembali catatan saya yang lepas, rasa macam nak padam balik semuanya. Malu pun ada bila nak baca balik. Hahaha..yela, time awal awal berblog, saya masih mentah, budak baru nak habis belajar. Belum expose dengan dunia luar lagi so taip je apa yang dia rasa tanpa berfikir T___T.

Tapi, seperti yang saya katakan tadi, di blog inilah bermulanya saya sebagai blogger terkenal. Jadi, i will keep this blog alive dan dengan bertukarnya baju baru blog Bitter Sweet ini menandakan blog ini masih bernyawa dan akan sentiasa ada, InsyaAllah.

**Harap harap lepas ni, rajin lah diri ini untuk sentiasa update. T__T


Goodbye old cloth




No more pink...Biru pulak lepas ni, segar sikit tengok awan kan...




*Semalam dapat email dari nuffnang, dapat invitation. Suka..suka..suka..


Ok, ini untuk masa sekarang. Nanti sambung lagi ^_^. oh, saya malas nak buat header. Just want to keep it as simple as it would be.

Wassalam.





2 comments: