Followers

Tuesday, February 14, 2012

Pengorbanan Ibu...dan Ayah

Assalamualaikum w.b.t.


Semalam saya ada post entry tentang keputusan 'besar' yang telah saya buat. Adala beberapa orang yang bertanya. Alhamdulillah, ada jugak yang ambil berat (ke nak kepochi? :p) Jangan marah ye. Sememangnya saya sangat berbesar hati dengan pertanyaan anda, "Keputusan apa yang saya dah buat?". Sebenarnya, saya memang nak berkongsi kat sini dengan anda semua tapi mungkin terlalu awal lagi, jadi saya biarkan dulu hal ini menjadi satu rahsia sehingga masa yang tepat sudah tiba. Hehehe...


Hari ni saya telah meluahkan keputusan ini kepada seorang sahabat. Hurm, saya tak tahu apa yang patut saya expect selepas saya meluahkan apa yang ada dalam hati dan kepala saya. Bagi saya, saya nak share apa yang saya rasa ni dengan orang yang terdekat dan rapat dengan saya. Sesungguhnya, saya serba salah. Beliau yang saya anggap seperti kakak saya sendiri, sedih dengan keputusan saya. Saya? Apatah lagi tapi saya perlu memikirkan tentang masa depan dan harapan ibu dan ayah saya. Itu main point saya sekarang.


Teringat kisah yang berlaku kepada seorang sahabat saya, dia saya dapat simpulkan sebagai seorang yang agak bernasib baik, dia seorang yang sangat baik, ada ramai kawan, ada ibu bapa yang memahami dan makcik yang sangat rapat dengannya dan tak lupa juga, seorang bakal suami yang sangat memahami dia. Hidup dia agak smooth, tapi ini mungkin dari kacamata orang luar seperti saya dan saya tak tahu apa yang dialami secara dalaman kecuali dia share dengan saya apa yang berlaku. Saya nampak hidup dia berjalan dengan lancar. Kalau masalah kecik-kecik tu, mestilah ada. Ia kan umpama duri dalam kehidupan. Tapi secara keseluruhan, memang baik dan smooth je hidup dia. Ada plan nak kahwin tahun ni jugak tu. So, saya boleh conclude yang dia sangat bernasib baik. Cuma baru-baru ni, dia ditimpa satu dugaan yang sangat besar. Simpati saya pada dia sangat besar. Ibunya sakit. Allahuakbar. Allah Maha Besar. Dia tahu sahabat saya ini kuat jadi Dia bagi satu dugaan ni dan mungkin hikmah yang boleh saya nampak, hubungan dia dengan ibunya bertambah rapat. Ibu tu, bukannnya adik or makcik or ayah ye kawan-kawan...ibu yang telah melahirkan kita dan sanggup  bertarung nyawa untuk melahirkan diri kita semua ke dunia ini. Jadi dia sanggup pulang ke kampung untuk menjaga ibu dia di hospital dan di rumah setiap minggu. Dan ini adalah turning point saya untuk betul-betul membuat keputusan ini. Saya letakkan dulu kehendak diri ke tepi. Saya akan cuba penuhi harapan mak saya yang satu ni. InsyaAllah, moga saya diberi ketetapan hati dan istiqamah dalam melakukan perkara ini. Sudah beberapa kali saya menolak, harap kali ni betul-betul la saya terima.

Ada yang boleh meneka ke?:p


**Panjang lebar saya bercerita tentang seseorang itu, sorry beb...saya share cerita awak kat sini BECAUSE you inspire me...


** Sape tak sayang ibu dan ayah kan...Persoalannya, mampu ke kita melakukan pengorbanan yang nilainya hampir sama dengan pengorbanan yang mereka lakukan untuk kita? Mestilah tak..Tapi, kita boleh berusaha sehabis baik kan...Fikirkan...


Appreciation

TQ for reading.



1 comment:

  1. whatever u'd decided, trust me, allah leads u to that..so, xperlu ragu2 ye..insyaallah, mudah2an sgalanya berjalan lancar..sy doakan itu yg terbaik utk awk, & utk semua insan sekeliling awk..tp mcm dpt agak da kputusan yg awk buat tu..all da best beb! sy sentiasa doakan yg terbaik utk awk k..& about that>> tq sbb concern psl sy..really appreciate.. ;)

    ReplyDelete