Monday, February 27, 2012

PENTING : Bulu Khinzir yang dijadikan berus

Assalamualaikum w.b.t.

Beberapa hari yang lepas, saya ada terbaca tentang berus yang dihasilkan dari bulu khinzir. Ya Allah, saya sangat sangat takut jika kita, manusia yang sangat khilaf ni tersalah menggunakan berus daripada sumber yang kita semua tahu haram bagi orang Islam. Apa yang paling saya takuti adalah berus gigi dan berus alat makeup tu. Tapi, untuk alat makeup, kita boleh kalau tak pakai kan tapi bagaimana dengan berus gigi ? Menggosok gigi adalah perkara rutin yang perlu kita lakukan setiap hari. Jika alat yang kita gunakan setiap hari dikhuatiri dihasilkan dari sumber yang haram, macam mana pulak?

Jadi, lebih baik kita kaji dan cuba elakkan. Kalau was-was, terus buangkan macam saya semalam, bila saya perhati betul-betul kat berus gigi saya tu, rasa macam tak sedap hati pulak. Jadi saya amik pendekatan, jika was-was, buangkan je. Cuma yang membuatkan saya terfikir, hujung berus tu, kalau digunakan selalu, tidakkah ia akan berselerak/bercabang jugak? Wallahualam. Takpela, perkongsian yang saya baca itu, saya akan share di sini. Kalau ada sebarang komen atau maklumat yang ingin dikongsikan, silalah tinggalkan komen anda di entry ini.



**************************************************


Assalamualaikum, untuk pengetahuan pembaca, berus yang murah dari China kebanyakannya diperbuat dari bulu babi… Hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.
Ciri-ciri bulu BABI :-
  1. Bulu yang rimbun dihujungnya (senang cerita, bulu BABI ni bercabang dihujungnya).
  2. Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
  3. Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
  4. Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.
Bulu BABI ni dipanggil dalam B. Inggeris ‘hog bristles, boar bristles, and pig bristle’
Senang cerita, saya kepilkan sedikit gambar untuk tatapan pembaca.. semoga umat ISLAM sentiasa berjaga-jaga dalam membeli produk berus ni ok… :)
Cuba tengok bulu no 10 tu…. itula bulu BABI..
Bulu babi atau babi hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu babi ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

bulu babi bercabang


bulu babi yang bercabang


Berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu babi. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.
Maha Suci Allah yang menjadikan bulu babi berbeza daripada bulu binatang lain.


Produk Bulu BABI

Yang atas ni adalah contoh produk yang diperbuat daripada bulu BABI….
So, hati-hati dan waspada daripada barangan HARAM ni yer… pastikan berus yang anda miliki tidak bercabang.. :)

Sumber: https://lukisanduniaku.wordpress.com/2011/08/17/info-halal-bulu-khinzir-yang-dijadikan-berus/


Thank you for reading this entry.


4 comments:

  1. aduhh susahnyee macam nie
    adakalanya manalah kita ada masa nak belek semua nie kan dik
    huhuhu mohon allah berikan perlindunganlahh pada kita .. aminnnnn

    ReplyDelete
  2. kak ieda & Sarah: TQ. betul tu,moga Allah melindungi kita dr terguna barangan mcm ni.

    ReplyDelete
  3. thanks ats infonya yaaa..kena hati2 pasni huhu

    ReplyDelete

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend