Sunday, April 15, 2012

Muhasabah ; Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahNya

Assalamualaikum w.b.t.


Sekarang jam menunjukkan 3.00 AM. Hujan lebat yang turun sebentar tadi kini mula reda. Kedengaran bunyi-bunyian katak memanggil hujan untuk turun kembali dan bunyian cengkerik yang mewarnai suasana awal pagi ini.


Sumber


Ini cerita dua hari lepas iaitu hari Jumaat. Sehari sebelum itu iaitu hari Khamis, saya sudah rangka beberapa rancangan dan salah satunya adalah berjumpa dengan seorang rakan yang dikenali ketika belajar di UTM Skudai dahulu. Dah lama sebenarnya kami bercadang untuk berjumpa, saja mahu bertanya khabar,bagaimana dia boleh bekerja di sini (beliau berasal dari Melaka dan sekarang bekerja di Kedah) dan selebihnya bercerita perihal rakan-rakan yang lain. Biasala tu, bila dah lama tak berjumpa, perkembangan diri masing-masing, kawan ini sudah berkahwin, dah berapa orang anak, kawan itu dah habis belajar, dapat kerja di luar negara...gaji berbelas ribu dan sebagainya pastilah menjadi perhatian untuk dibualkan.



Sumber


Nak dijadikan cerita, tiba hari Jumaat tu, selepas saya menyelesaikan satu perkara di UiTM Arau, saya berfikir apakah aktiviti atau tempat yang saya nak tuju selepas itu kerana saya memang malas nak balik rumah semula. Sebab, bila dah balik rumah, nak rehat, nak bersiap semula, semuanya ambil masa jadi macam membazir masa dan minyak saja kalau saya balik ke rumah. Oh ya, temujanji saya untuk berjumpa dengan rakan sepengajian di UTM itu adalah pada waktu petang. Jadi, agak melecehkan untuk balik ke rumah dan keluar semula.

Ketika urusan saya di UiTM Arau selesai, jam baru menunjukkan pukul 12.15tghari (ini anggaran sahaja kerana saya sudah lupa ;p). Jadi ada masa dalam lebih kurang 3 jam lebih lagi sebelum temujanji kami itu. Tiba-tiba, saya teringat kepada seorang rakan sekolah menengah saya yang seingat saya, dia tengah menyambung pengajian sarjana di UiTM tersebut. Jadi saya pun berSMS la dengan dia. Ingat mahu berjumpa sebentar dan bertanya khabar. Setelah beberapa kali berSMS, akhirnya saya mengambil keputusan untuk berjumpa beliau tapi bukannya di dalam UiTM ye.

Kami berbual agak panjang.Dari soal pelajaran, kerjaya, keluarga dan kemudiannya bertukar kepada sesi luahan hati dan secara tak langsung membuatkan saya berfikir rupa-rupanya, masalah yang beliau hadapi lebih 'complicated' berbanding saya. Benda/ Masalahnya hampir sama cuma tahapnya lebih rumit. Manusia, memang tak lepas daripada masalah. Itu sudah pasti. Tapi yang penting, di penghujungnya, perlulah kembali pada Allah S.W.T. Hanya Allah tempat mengadu segala masalah. Dan hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk semua makhlukNYA.

Beliau belanja saya minum Ice blended dan KFC. Alhamdulillah. Syukur. Murah rezeki =).


******************************************
Tiba waktu yang dijanjikan pada petangnya, saya berjumpa dengan rakan se-universiti yang saya cerita di awal entri ini tadi. Pelbagai cerita yang keluar. Ada yang lucu dan ada yang sedih. Dan daripada perbualan kami itu, saya dapat simpulkan, segala perkara yang perlu kita lakukan, semuanya ada pro and cons.

Ada baik dan ada yang buruk. Tak semua benda menjanjikan kebahagiaan dan tak semua benda memberi keburukan. Kita manusia yang perlu memilih jalan atau pilihan (untuk *kamu, thanx for the advice =)) yang betul dan ini semuanya haruslah berpaksikan kepada Allah S.W.T. dan berpandukan petunjuk dariNYA. Petunjuk adalah melalui pelbagai cara dan yang paling terbaik adalah solat sunat istikharah.

When it comes to decision making, it is a tough part. And the truth is, I hate this part. Really!

Sebab,  bila dah salah memilih, manusia akan mula merungut dan menyesali pilihan yang sudah dibuat dan mula menyalahkan Allah. Nauzubillah. Moga dijauhkan saya dan kamu semua daripada berfikiran sebegini.

Tetapi, sebenarnya, setiap perkara yang berlaku, PASTI ADA HIKMAHNYA. Kita memang tidak nampak atau sedar hikmah  tersebut pada masa itu, tetapi, di masa hadapan, insyaAllah, pasti kita nampak. Dan tak mustahil, kita akan bersyukur dengan apa yang telah berlaku pada waktu dahulu kerana ia telah menjadikan kita kuat pada hari ini.



Sumber




Wallahualam.


*Please, correct me if i do wrong (^_^)

Terima kasih kerana membaca entry ini.









2 comments:

  1. kita perlu sentiasa bersyukur apa yg ada di depan mata kita skrg :)

    kerana bimbang 1 hari nanti kita akan menyesal bila kehilangannya :(

    ReplyDelete
  2. betul tu..setiap apa yg berlaku pasti ada sebab musabab yg insya'Allah pasti ada kebaikan utk diri kita..Allah tahu apa yg terbaik utk diri kita :)

    ReplyDelete

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend