Sunday, April 29, 2012

My Short trip to Langkawi


Assalamualaikum w.b.t.

Dah nak masuk hari ahad. Ada yang dah ambil cuti panjang ke? Selasa kan cuti lagi. Haih, cepat je masa berlalu kan. Kejap je dah hari Jumaat. Kejap je dah nak masuk tengah tahun 2012. Saya ni masih lagi keliru

2 hari lepas iaitu hari Rabu, saya pergi ke Pulau Langkawi. Sangat teruja bila saya nampak pantai yang yang cantik dan air laut yang hijau biru tu. Tapi yang saya pergi ni hanyalah short trip sahaja, maksudnya pergi balik hari sahaja.

The trip was great and i really want to find some other time to go there, again.

Tak banyak tempat yang saya pergi, mula-mula singgah kat Gamat Nusantara. Cari minyak gamat dan barangan ubatan lain yang berunsurkan gamat.

Kemudian, ke Beras Terbakar. Saya sebenarnya memang TAK tahu tempat yang nama beras terbakar ni apa sebenarnya. Masa mula-mula sampai, tengok macam ala-ala Padang Besar so i assumed that this is the place where we can buy anything like Padang Besar, Wang Kelian or Pangkalan Kubor. Rupa-rupanya, bila jalan ke depan sikit, barulah nampak kawasan tempat beras terbakar tu. Hahaha...silly me...kesian kan saya. Duduk dekat je dengan Pulau Langkawi, dari kecik lagi dah selalu datang pulau ni tapi saya tak tahu pun Beras Terbakar tu kawasan apa T____T.

Kemudian, jalan-jalan ke Pantai Kok dan sampai ke Petronas Quay. Tempat banyak kapal layar tersadai dengan megahnya. Hehe. Pemandangan sangat cantik kat situ, so saya tangkap gambar 2 3 keping.

Lepas tu, drive sepanjang pantai Cenang. Banyak perubahan. Kedai-kedai dah banyak kat sepanjang jalan kat Pantai Cenang tu. Saya pun dah tak ingat, when the last time i've been there.

Tak singgah pun sebab kejar masa, so shoot terus ke Haji Ismail Group. Pergi branch yang hanya menjual coklat sahaja. Saya jadi rambang mata kejap kat situ. Macam-macam jenis coklat ada. Cadbury memang saya sekilas pandang saja sebab dah banyak kat shopping mall and kedai-kedai biasa kan. Saya pilih dan beli coklat yang jarang kita jumpa kat mana-mana kedai.  kalau ada pun, susah la nak jumpa. hehehe.

Gambar belum letak watermark lagi. Saya upload 1 gambar dulu sebagai pencuci mata...=)




Sekian, terima kasih kerana membaca entry ini.



 

2 comments:

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend