Thursday, April 12, 2012

Tsunami, cemas dan berdoa

Assalamualaikum w.b.t.


Maafkan saya, dah lama saya tak menaip di sini. Banyak sebabnya dan di antaranya adalah disebabkan talian internet dan masa. Bila saya ada masa, talian internet lambat dan bila talian internet agak laju, saya pulak tiada masa. Maksud tiada masa adalah kerana, talian internet hanya akan laju ketika awal pagi iaitu menjelangnya pukul 12 tengah malah sehingga awal pagi. Jadi, takkan setiap hari saya nak online pukul 1 2 pagi walaupun hakikatnya, Ya, saya memang selalu online masa tu cuma saya ada hal lain yang perlu saya selesaikan. Pening ke membaca ayat saya? Hehe. Ok, abaikan bebelan pengenalan ini T___T.


Hari ini kita dikejutkan dengan berita kejadian gempa bumi di Acheh. Subhanallah. Allahuakbar. Sekali lagi, kita berada pada situasi yang sangat mencemaskan. Gempa bumi pulak bukannya berskala kecil tetapi berukuran 8.7 skala richter (ini dibetulkan oleh USGS kalau tak salah saya) walaupun ada agensi menyatakan skala 8.9. Takpala, mana- mana pun tidak mengapa kerana yang paling penting, jika skala bacaannya melebihi 8, ini yang patut kita cemas kerana ia mengundang kemungkinan berlakunya tsunami. Ini yang perlu kita pohon kepada Allah S.W.T supaya dijauhkan bencana alam ini dari negara kita.


Situasi saya tadi, saya baru balik dari satu kelas. Hantar kawan dan pulang semula ke rumah. Duduk berehat sebentar di atas buaian dan bersembang bersama sepupu saya. Tiba-tiba, saudara maklong saya heboh cakap yang anak dia baru saja telefon dan memberitahu tentang kejadian gempa bumi yang baru sahaja berlaku di Acheh. Saya terpinga-pinga. Kemudian, dapat SMS dari seorang kawan yang berada di Selangor. Dia bertanya adakah saya merasakan satu gegaran, saya pun balasla balik dan cakap tak. Manalah saya nak perasan sebab saya bukannya duduk statik saja. Pergi sana, pergi sini :p. Kemudian saya bukak tv dan dengar berita. Haihh...ini sudah mengharukan. Teringat lagi ketakutan sewaktu merasai gegaran semasa di asrama Kolej Matrikulasi Perak di tahun 2004/05 pada malam 24hb Disember. Waktu tu memang saya rasa gegaran yang agak kuat. Yela, waktu tu tengah belajar jadi duduk pun kenala statik =p. Kami, para penghuni asrama di suruh turun ke bawah. Bila dah turun, masing-masing telefon keluarga nak bagitau tentang kejadian malam tu dan nak tahu keadaan keluarga masing-masing. Saya menangis. Sangat takut. Kemudian tengok berita yang melaporkan kejadian tsunami. Ya Allah, waktu tu rasa takut sangat. Takut sebab macam-macam. Takut sebab tak minta ampun maaf dengan mak abah. Takut sebab buat salah dengan orang tapi belum berkesempatan minta maaf. Takut sebab banyak lagi amal ibadat yang masih lagi tak sempurna. Takut sangat bila fikir tentang kematian. Macam-macam perkara bermain di dalam otak. Adakah dunia akan berakhir waktu ini?


Serius, sangat- sangat sedih. Dan hari ni, apabila saya mendengar berita utama sebentar tadi, ketakutan itu berulang kembali. Melihat status kawan-kawan facebook yang memaklumkan tentang perihal amaran awal dan sebagainya berkenaan tsunami membuatkan saya panik. TAPI, Alhamdulillah. Amaran tsunami tersebut telah ditarik balik.Jadi, kita bolehlah bernafas kembali seperti biasa =) Walaubagaimanapun, kita perlulah berwaspada. Jaga diri, jangan sengaja nak cari angin laut, pergi tepi pantai. Sangat bahaya buat masa ini. sekarang.


Apa-apa pun, jangan berhenti berdoa. Teruskanlah dan sentiasa berdoa semoga kita semua dijauhkan daripada terkena musibah dan perkara yang tidak diingini. Tsunami atau kejadian alam yang lain tidak mustahil akan berlaku bilamana Allah berfirman Kun fayakun...Jadilah..maka jadilah ia...Wallahualam.





Sumber

Terima kasih kerana membaca entry ini.





2 comments:

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend