Wednesday, May 2, 2012

30 minit Ustaz Don jadi 60+ minit =)



Assalamualaikum w.b.t.

Best tak cuti hari ni? Ada yang pergi shopping? Berjalan-jalan? Atau duduk je kat rumah, berehat? Hehehe

Malam ni saya ada menonton satu rancangan ni. Sebenarnya, setiap malam dari Isnin hingga Khamis, insyaAllah, memang duk tengok rancangan ni je. Saya dengan nenek saya memang akan setia je menunggu detik jam 9.30 malam, saluran tv Al-Hijrah. Haa...ada yang dapat teka tak rancangan apa?? ;)



sumber: Google


Rancangan 30 Minit Ustaz Don

Saya sangat suka gaya penyampaian Ustaz Don ni.He's very talented to be an Ustaz. Ada masa dia tegas, ada masa dia akan buat lawak dan yang paling best, pelat utara tu kadang-kadang sangat pekat. Hehe..Tapi, yang paling penting, apa yang beliau nak ajar, alhamdulillah dapat difahami sebab bila dia mengajar, slow slow dan memang kita akan faham la. InsyaAllah. Fenomena Ustaz Don pun dah melanda Malaysia malah ke luar negara. Nampaknya dah ada tsuna-Don...hehe..jangan marah ye..pandai-pandai je reka perkataan.

Baiklah, berbalik kepada 30 minit ustaz don malam ni, untungnya rancangan malam ni, durasi masanya  panjang la sikit dari yang biasa iaitu lebih dari 60 minit. Biasanya 30 minit saja tapi kalau tolak iklan, mungkin 20 minit kot. Yang membuatkan ia lebih menarik dan best, pengalaman ustaz don, latar belakang dan kisah dahulu kala beliau dikorek korek kembali. Hampir nak menitis airmata saya bila ustaz don cerita semula cara didikan ayah beliau, kemudian pertemuan yang sangat mengharukan di antara ustaz don dan ustaz yang menjadi pembimbing beliau untuk menghafaz al-Quran serta guru english sekolah rendahnya.

Siaran ustaz don semalam adalah edisi khas di mana episod 30 minit ustaz don telah mencapai ke episod yang ke 100. Dah banyak episod rupanya, ralat la jugak sebab saya betul-betul tengok rancangan ni pun bermula awal tahun 2012. Ni yang betul betul la, maksudnya setiap malam duduk depan tv, ternanti nanti topik yang ustaz don akan bicara kan. Sebelum ni ada jugak tengok tapi tengok macam-macam tu je. T__T.

Berdasarkan episod yang ke 100 ni, ada beberapa perkara yang Ustaz Don titipkan dan pesan dan yang paling saya ingat, Belajar kerana Allah dan Sayangilah Guru, Jangan Melawan cakap Guru/ Cikgu/ Pensyarah. Berkat guru tu, sangat tinggi darjatnya. =)


Sekian, terima kasih kerana membaca.




1 comment:

  1. berkat seorg guru tu tiada bandingannya, sekali lukakan hati guru, susah nk cemerlang

    ReplyDelete

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend