Followers

Monday, May 14, 2012

Selamat Hari Ibu


Assalamualaikum w.b.t.

Minggu ini dan hari ini adalah hari ibu. 



Sumber: Google




Jadi saya nak ucap, Selamat Hari Ibu kepada ibu saya. Mak, kakak sayang mak sangat-sangat. 
Eh, ada ke anak yang tak sayang ibu dan ayah dia?

Sedih sangat bila baca kat suratkhabar dan tengok di dalam tv, anak-anak yang telah berjaya dengan pekerjaan yang profesional mem'buang' mak dan ayah mereka yang semakin uzur ke rumah orang tua-tua. Yang menghairankan, ada anak yang menjadi jutawan tu sanggup tinggalkan mak dia kat rumah orang tua-tua. Sangat pelik, ye la, kalau pun tak nak jaga, awak tu dah banyak duit, upah la maid ke orang indon ke untuk jaga mak awak tu. Kiranya, terjaga la sikit orang tua tu. And atleast, mak awak tu duduk dengan awak. Dapat la jugak awak menabur bakti menjaga dia semasa hidup. Syurga kan terletak bawah tapak kaki ibu. Tapi ayah jangan dilupakan juga. =)

Saya berdoa agar ibu saya sentiasa sihat, dikurniakan kesihatan yang baik dan berjaya dalam bidang yang dia sangat-sangat minati itu.


SELAMAT HARI IBU KEPADA SESIAPA YANG TELAH BERGELAR IBU =)

*tiba-tiba, saya jugak dapat wish selamat hari ibu dari 2 orang sahabat...ngade betul diorang ;p.saya bukannya jadi ibu lagi but anyways, thanx for the wish ;)




2 comments: