Followers

Wednesday, July 25, 2012

Entry yang panjang : Contd. My Tiramisu

Assalamualaikum w.b.t

Entry ni gambarnya sangat banyak...

Ingat tak entry My Tiramisu ? Kali ni, saya nak cerita dengan lebih terperinci mengenai saya membuat tiramisu.

Siapa yang tak tahu apa itu tiramisu, ia adalah kek yang dibuat menggunakan biskut lady finger atau pun kek span. Boleh pilih mana-mana. Kemudian, dilapis menggunakan cream cheese dan whip cream serta campuran yang lain. Ha, kat sini la kita boleh tambah atau kurangkan bahan-bahan yang kita nak macam nak gula lebih ke, nak cheese lebih ke atau nak ada rasa pahit/kopi sikit, tambahkan la air kopi or nescafe dalam adunan cream cheese tu.

Ni saya copy dari google mengenai takrifan tiramisu : An Italian dessert consisting of layers of sponge cake soaked in coffee and brandy or liqueur with powdered chocolate and mascarpone cheese.

Sebenarnya, dah lama saya teringin nak buat kek Tiramisu ni. Tambah-tambah bila tengok cerita Tiramisu kat TV3 dulu.


Sumber: Google



Bila dah teringin sangat, saya pun beli la kat Secret Recipe. Sebab kita memang tahu yang kek-kek yang dijual di Secret Recipe memang sedap. Tapi, bila saya dah beli dan makan, memang tak kena dengan selera saya. Orang kata tak boleh piii. Jadi memang terbiar la kek tu, tak habis kek tu. Dah jadi satu pembaziran kan. Ha, kek SR dah mahal kan sekarang. So, ni boleh jadi satu cara untuk berjimat. Saya nak kongsi resipi yang saya buat hari tu bersama seorang ex-ofismate yang saya dah anggap macam kakak sendiri, Kak Ju. Kak Ju memang selalu membuat kek dan beliau sangat famous dengan kek coklat moist. Sangat sedap. Ada yang nak membeli tak? Hehe..


Tapi KakJu tak pernah lagi buat kek tiramisu so jenuh jugak saya pujuk dia untuk buat kek ni. Kebetulan ada satu hari tu, saya bermalam di rumah beliau so kami memulakan projek kami dalam pukul 1.00 AM. Satu pagi tu. Orang sekeliling nak tido, kitorang sibuk pung pang pun pang kat dapur time tu.;p


Untuk bahan-bahan, sebenarnya, ada jugak bahan lain yang perlu dimasukkan tapi kitorang nak buat yang mudah je. Sepatutnya telur pun ada sekali, tapi tak nak kalori lebih-lebih, tu yang tak masukkan. Satu lagi, rasa macam pelik je makan kek yang ada telur tapi tak dibakar or masak. Hehe


Ok, ni bahan-bahan yang kami gunakan.

1 buku Cream cheese
1/2 bungkus biskut Lady Finger (kami potong 2 biskut ni sebab nampak tebal dan loyang kecil je)
1 kotak Whipped cream
3 cawan gula
3 sudu besar Nescafe
Milo untuk ditabur


*Sukatan tu saya ikut ada satu resepi ni tapi entah kat mana. Tapi, secara kasarnya, lebih kurang macam kat atas kecuali untuk gula dan nescafe. Tu ikut suka masing-masing. Kalau suka manis, tambah la gula.Kalau nak lebih rasa nescafe, tambahkan lagi 1 ke 2 sudu besar nescafe. Terpulang =)

Cream Cheese



Gula  








Biskut Lady finger





Cara-cara membuatnya.

1. Mula-mula campurkan cream cheese, whip cream dan gula di dalam satu bekas.


2. Pukul campuran tadi menggunakan mixer. Mula-mula dengan kelajuan yang tinggi, kemudian decrease kan kelajuan dia. Sampaila adunan jadi sebati and smooth.


3. Semasa adunan dipukul, masukkan sedikit air bancuhan nescafe (saya guna nescafe) sebagai penambah rasa.





Bancuhan nescafe



4. Bila adunan dah jadi sebati, halus gitu. So boleh stop pukul. Nak senang, bahagikan adunan kepada 3, kalau nak buat 3 lapisan la. Macam saya buat ni. Kalau nak dua lapisan, bahagikan je kepada dua.

5. Dalam masa yang sama, ambil satu bekas atau loyang, kemudian dip biskut lady finger dalam bancuhan nescafe dan susun atas loyang.Setiap biskut kena dip tapi jangan lama-lama sangat sebab biskut lady finger ni mudah meresap. Kalau biar lama-lama, bsikut tu akan lembik. Kita taknak base yang lembik.

6. Dah habis satu layer, tuangkan adunan cream cheese+gula+whipped cream yang telah dibahagikan tadi. Kemudian ratakan.



Proses penuangan ;p




Tak berapa nak rata lagi ;p



7. Ulangi step 5 dan 6 sampai habis biskut tu lady finger tu.


8. Dah habis ratakan adunan cream cheese tu, taburkan milo di atas. Kalau ikut resipi orang, semuanya guna coco powder. Disebabkan coco powder cuma rasa pahit dan saya suka manis-manis, so kakju cadangkan kita taburkan milo. Lagi sedap.








Lepas dah tabur, jadi la macam ni.

Ini lah rupa kek yang belum dimasukkan dalam fridge lagi




9. Simpan di dalam fridge sekurang-kurangnya semalaman. Ada orang kata at least 8 jam.


Tapi saya tak sampai 8 jam, bangun esok pagi, breakfast tiramisu. Hihihi...


Ini yang telah dipotong. Tak sabar punya pasal =p



Makan sewaktu sejuk, sangat nyaman. sedap sangat. Hehe


Tinggal banyak ni je dalam masa satu hari.


Ha, ni video yang saya gunakan as referrer. Mudah dan senang nak faham.




Alhamdulillah. selesai jugak entry terperam ni. Dah banyak hari kot saya nak upload gambar-gambar tu. Satu hari, satu gambar. Nasib baik semalam, line broadband ni laju pulak. Tu upload cepat-cepat.

Sekian, entry tertunggak saya ni.


Selamat berbuka puasa. Maaf andai entry ini mengundang keterliuran anda. Hehe

2 comments:

  1. ala2 kek batik pon ada..salute lah awak tahu buat tiramisu :)

    ReplyDelete
  2. akak tak berapa suka tiramisu ni sbb ada rasa kopi...tp kalau ada akak mkn gak tp sikit jelah.

    ReplyDelete