Tuesday, July 24, 2012

Korean drama memang dahsyat ;p

Assalamualaikum w.b.ty


Semangat nak berblog semakin berkurang. Mana taknya, bila nak buat entry baru, kena tunggu berapa lama untuk loading. Tu kalau taip, tapi entry tanpa gambar, mestila tak best. Mesti lagi syok ada gambar, saya pun kalau masuk blog orang, suka tengok gambar je yang lebih. Hehehe.

Nak upload gambar, memang tak lepas. So banyak cerita yang nak diceritakan terperam dalam draft. Entahla nanti ingat balik ke tak bila nak karang ayat balik.

Oh, sekarang saya tengah melayan cerita korea. Ada dua cerita, satu kat KBS World dan satu lagi kat hard disk. Kebetulan la pulak yang dua - dua cerita ni tentang kakak dan adik yang terpisah semasa kecil dan berjumpa semula bila dewasa. Dua-dua kakak dalam kedua-dua cerita ni sangat jahat. Sanggup tinggalkan adik dia yang kecil tu demi kepentingan sendiri. Yang satu tu nak bolot kasih sayang mak ayah untuk dia sorang je. Cemburu kat adik punya pasal.Yang sorang lagi, si kakak ni asyik tak puas hati je dengan adik. Apa yang adik dia buat, ade je yang dia sakit hati. Negative perception punyer orang.Sangat kebetulan.

So saya memang hangin je bila tengok muka kakak-kakak tu. Walaupun lawa tak hengat (serius, memang lawa la), tapi kalau perangai buruk, takde maknanya.

Tak sabar nak tunggu ending cerita-cerita tu. Tengah gigih tengok cerita yang ada dalam simpanan hard disk sekarang ni. Ikut hati nak tengok terus final episod tapi tak best la pulak kan. Kurang la plak feeling nya. Oh, cerita ni bertajuk Roof Top Prince.


Source: Google

Kelakar jugak tengok cerita ni.



Manakala cerita yang kt tv tu pula bertajuk Women in the sun.


Source: Google



Lama dah tak layan korean drama since habis study, ni kembali layan balik. Ni yang tak suka, korean drama kan berdurasi lama. Satu episod tu makan masa satu jam lebih sikit so memang kadang-kadang tu pause kejap, pastu sambung balik. Habis, camno nak habis cepat-cepat kan.hahaha...


Ok, tu je nak cerita. =)

ps: macam best la pulak cerita love you 1000 times kat prima and one tu. tapi clash time dengan women in the sun la pulak.hmm





2 comments:

  1. tak pernah layan citer korea selain winter sonata...

    ReplyDelete
  2. eca lgi suka ceta taiwan.hahaha.tpi lebih kurang je kan?!....

    jrg tgk,tpi klu adik da start tgk,melekat la eca kt tv

    ReplyDelete

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend