Followers

Gambar

Assalamualaikum w.b.t.

23 Ramadan.
Hari ini, bertekad nak buat jugak satu entry. Dari siang sampai ke malam.
Semenjak akhir-akhir ini, saya bersemangat untuk menyertai giveaway tapi bila dah fikir,tengok semula entry giveaway tu, terus tak jadi. Macam sekarang la.

Dari siang tadi, saya dah aim satu giveaway ni. Mudah dan blogger pun, saya rasa bukan calang-calang blogger. Syarat giveaway sangat mudah, kena upload gambar kita dan letak kat dalam entry tu. Mudah saja kan. Tadi, dah pilih-pilih gambar yang rasa paling cun la, transfer ke netbook dan terus edit sikit. Dah siap letak watermark pun, tiba-tiba terfikir. Issh, tak boleh macam ni. Sekarang kan banyak kes orang ambil gambar kita lepas tu super impose bagai. Risau pulak.

So terus tak jadi. Cancel. Plus, i have my own reason why i'm not sharing my picture with everyone. Tapi, kalau reader yang dari dulu follow blog saya, anda mesti dah tengok muka saya kan. Sebesar alam saya letak kat header blog ni. Lepas tu, insaf. Tak naklah macam tu dah.

*Kat facebook, terpaksa letak gambar sebenar sebab kawan-kawan lama nak cari senang. Tapi mungkin temporary je tu. Kena extra careful hari ini. Fuhh.

Jom cari Malam Lailatul Qadar.



2 orang nak bagi idea: