Followers

Friday, August 3, 2012

Resipi : Puding Roti Kukus

Assalamualaikum w.b.t.


Hari ini saya nak share resipi 'otai' atau koboi. Senang je nak buat. Bahan pun mudah. Orang tak pandai masak pun boleh buat. Ermm, macam saya. =D.





Minggu lepas atau 2 minggu lepas tah saya buat pencuci mulut (dessert la sangat ;p) ni. Semalam buat lagi. Alhamdulillah, pagi ni dah habis licin.


Saja nak share resipi dan untuk catatan peribadi sendiri.
Tiada sukatan yang betul-betul. Agak-agak dan campak-campak je. Baru nampak natural kan ;p


Resipi : Puding Roti Kukus (Mak saya kata Pengat Roti tapi saya nak juga kata puding ;p)

Bahan-bahan
1. 5 ke 8 keping Roti Gardenia
2. 1 tin Susu Cair Ideal
3. Gula 4 setengah sudu besar atau setengah cawan
4. Sebiji Telur ayam 


Cara memasak
1. Semua bahan dicampur dan dikisar menggunakan blender.
2. Tinggalkan 2 ke 3 keping roti untuk letak kat bahagian atas macam dalam gambar tu.
3. Setelah dikisar, tuang dalam satu bekas yang sesuai.
4. Touch-up dengan mencarik roti yang ditinggalkan tadi.
5. Sedia untuk dikukus. Kukus dalam 20 ke 30 minit. Untuk pastikan ia dah masak, cucuk menggunakan garpu. Kalau tak lekat, maksudnya dah masak la tu.

* Boleh juga nak tabur kismis atau gula perang. Personal opinion, lebih sesuai ditabur dengan kismis. Memang rasanya masuk. Manis-manis, masam je ;).


Selamat mencuba.



7 comments:

  1. wah rajin anak dara mak buat desert ye..

    ReplyDelete
  2. jap g FIL nak dtg.nak buat ni la..cam senang je..hihihi..maceh bg idea..

    ReplyDelete
  3. roti 2 nak kena kisar sekali ke....

    ReplyDelete
  4. Akan try,
    aku suruh kerani aku yang masak. hahaha..nanti pas try aku komen :P

    ReplyDelete
  5. A.R : haha...mood rajin dtg, mmg nk bt je slalu ;)

    ReplyDelete
  6. Mrs. Amad: Welcome. Senang je kan.

    ReplyDelete
  7. Miss Red: roti mmg kna kisar skali.baru ada umpph :)

    ReplyDelete