Monday, August 6, 2012

Tetap jua hero Malaysia


Assalamualaikum w.b.t.


Hari ini banyak blogger buat entry tentang Datuk Lee Chong Wei (LCW). Tuan belog pun tidak mahu ketinggalan jugak selaku peminat sukan badminton.


Sumber : D5 Sports

Jujurnya, saya mengharapkan agar beliau dapat menumpaskan Lin Dan pada permainan semalam tetapi jauh di sudut hati, agak sukar untuk menjatuhkan Lin Dan sebenarnya.

Saya pernah menonton perlawanan yang pernah Lin Dan sertai sebelum ini dan apabila dilihat dan diamati cara permainan dia,saya akui bahawa Lin Dan adalah seorang yang sangat handal dalam sukan badminton ini dan sukar untuk dikalahkan. Kalau dia kalah pun, nampak macam sengaja dia mengalahkan diri saja ;p.



Meraih kemenangan beliau

Sumber : The Star


Saya sempat menonton set pertama saja bilamana LCW menang 21-15. Balik dari solat tarawikh, terus tengok laporan sukan olimpik di tv1 dan juga di Maxis Launchpad. LCW mula goyah pada set kedua dengan mata 10-21 yang seterusnya membawa ke set penentuan dan kalah pada mata 19-21.

Sedih bila tengok LCW menangis dan tadi baca kat satu laporan, beliau tweet saying 'Saya minta maaf' (kalau tak silap) kat rakyat Malaysia. Sangat sedih sebab beliau betul-betul beriltizam untuk membawa nama negara di sukan olimpik kali ini. Tapi apakan daya, rezeki bukan berpihak pada Malaysia.


Sumber : The Star


Walau apa pun, Lee Chong Wei tetap juara di hati rakyat Malaysia =)




1 comment:

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend