Followers

Wednesday, September 5, 2012

Sesungguhnya aku cemburu dengan dia


Assalamualaikum w.b.t.


Ya Allah, cemburunya aku dengan kejayaan dia.

Aku juga inginkan begitu, seperti dia.

Aku tahu, dia sememangnya layak untuk mendapat kejayaan itu 

Tapi, aku tetap cemburu.

Cemburu ku sangat meluap-luap pada waktu ini 

Berkobar-kobar rasa ini
 
Tetapi ...

Semangat ku untuk menjadi seperti dia,

Lebih berkobar-kobar dan meluap-luap


Ya Allah, permudahkanlah diri ini untuk menggapai kejayaan sepertinya. Bantulah diri ini untuk mencipta kejayaan walaupun lewat ku sedari..

.......................................................................


Sumber : Google





Cemburu adalah satu perasaan tidak puas hati terhadap seseorang lazimnya disebabkan kejayaan seseorang. Tetapi, cemburu terbahagi kepada dua iaitu cemburu yang bersifat negatif dan cemburu bersifat positif. Biasanya cemburu yang bersifat negatif akan mendorong seseorang itu untuk membuat pelbagai cara bagi menjatuhkan seseorang yang dia benci. Manakala cemburu bersifat positif akan mendorong seseorang itu untuk berusaha meningkatkan diri untuk menjadi seperti orang yang dia cemburu ataupun melebihi seseorang yang dia cemburu itu. Persaingan sihat la orang kata.

Amboi, panjangnya intro saya. Macamla korang tak tau apa itu cemburu kan. Hehe...


Hari ini,  bila saya buka facebook, saya dapat tahu salah seorang daripada sahabat saya telah berjaya. Beliau bekerja di syarikat yang bukan calang-calang dan merupakan syarikat yang saya teringin sangat nak bekerja. Saya sangat cemburu dengan kejayaannya.

TETAPI, jangan  lah salah faham, saya cemburu ke arah positif lah kerana ini akan menaikkan semangat saya untuk lebih berusaha menjadi seperti beliau. Saya tahu bagaimana beliau berusaha dan bagaimana orangnya dan sememangnya beliau sangat layak untuk berada di tempat sekarang.

Ketika kami berada di hujung semester, tahun akhir, beliau bersungguh-sungguh mencari maklumat tentang pendidikan di luar negara, cari scholarship, cari tempat untuk ambil samada IELTS atau TOEFL (tak pasti yang ini). Saya? Tengok je. Tak nampak lagi apa yang beliau cuba lakukan. Blurry...Beliau pernah berkata, walaupun masa degree tak dapat belajar di luar negara, waktu master nanti, aku tetap nak belajar luar negara (ayat lebih kurang la, dah lama mana nak ingat.hehe)

Selepas habis belajar, beliau bekerja di salah sebuah syarikat swasta di Petaling Jaya. Hampir setahun selepas itu, beliau mendapat tawaran belajar untuk Master di salah sebuah universiti di UK dengan biasiswa Tunku Abdul Rahman. Cantik perancangannya dan tentunya ini adalah perancangan Allah untuk beliau, bekerja untuk mencari pengalaman sekejap, kemudian sambung belajar semula. Biasiswa ini, bukan calang-calang orang yang boleh dapat. Hanya yang betul-betul cemerlang sahaja yang dapat. Saya gembira untuk beliau. Setahun selepas itu (tak ingat tahun ni or tahun lepas), beliau pulang ke Malaysia. Bekerja dengan satu lagi syarikat swasta dan mungkin, baru-baru ini beliau mendapat tawaran untuk bekerja dengan syarikat minyak dan gas ni. Tuah beliau. Sungguh bertuah. Alhamdulillah.

Hal ini menjadi pendorong bagi saya untuk terus berusaha mengejar kejayaan. Walaupun saya tak nampak lagi masa hadapan macam mana, yang pasti saya akan berusaha. InsyaAllah, doakan lah saya kawan-kawan.


Firman Allah yang bermaksud,

Allah tidak akan mengubah nasib kaum seseorang, kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada di dalam diri mereka.
(Q.S Ar-Ra’d 13 : 11)



**Sorry, ni entry luahan hati sendiri.


5 comments:

  1. akak pun selalu cemburu dgn kawan2 akak...takpe mungkin masa akak akan tibe nanti..

    ReplyDelete
  2. nak like 40 kali boleh? ;p
    setuju sangat dengan entry ni. jadikan cemburu tu satu semangat untuk kita menjadi lebih baik dari semalam.

    ReplyDelete
  3. Wahhh bestnya.... Cemburu yang macam ni bagus. Boleh naikkan semangat kita...

    ReplyDelete
  4. Rezeki untuk kawan Fiz tu, insyaAllah jika kita berusaha pasti kejayaan juga menjadi milik kita..
    Mudah-mudahan ye ;D

    ReplyDelete
  5. Anne: Betul2...kita tak tau masa depan macam mana kan...janji berusaha.

    Nadia: boleh...boleh...hehehe..

    Mia Liana: yup.jangan fikir negatif je.alihkan pada yang positif.

    M.J: Itula. rezeki dia. InsyaAllah.mudah-mudahan akan menyusul nanti.

    ReplyDelete