Followers

Tuesday, September 4, 2012

Sunat Ab'adh dan Sujud Sahwi


Assalamualaikum w.b.t.


Semalam saya tengok 30 minit ustaz don. Walaupun bukan siaran langsung, topiknya sangat menarik dan tetap bermanfaat untuk kita semua. Topik semalam adalah berkenaan Sunat Ab'adh. Jadi saya nak kongsi di blog ini apa ilmu yang saya dapat semalam. Lagipun, ia juga boleh jadi rujukan untuk saya nanti =).


Apa itu sunat Ab'adh? Ia adalah sunat yang menghampiri kepada wajib. Jika tertinggal, kena buat sujud sahwi. Sebenarnya, ustaz don kata, sunat ab'adh ini ada 8 menurut kitab... (Ya Allah, saya lupa kitab apa. Maaf ye.) TAPI kalau di Malaysia, kita kan mengikut mazhab Syafie, jadi ada 2 saja iaitu Tahiyat Awal dan Qunut. Tahiyat Akhir, bukan sunat tapi rukun ye kawan-kawan.=).


Sunat Ab'adh
1.Tahiyat Awal
2. Membaca doa Qunut


...........................................................................................

Saya kongsikan juga di sini mengenai Sujud Sahwi.

Apa itu Sujud Sahwi?
Sujud yang dilakukan untuk menutup kekurangan yang terjadi di dalam solat yang disebabkan terlupa. Sujud ini perlu dilakukan 2 kali seperti sujud di dalam solat fardu sebelum memberi salam.



Sumber: Sini


Dalam Mazhab Syafie, sujud sahwi dilakukan sebelum memberi salam.
Dari Abdullah Bin Buhainah r.a., bahawa pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. menjadi imam mereka mengerjakan sembahyang, lalu baginda bangun sesudah rakaat yang kedua dan tidak duduk (untuk membaca tahiyyat awal); orang ramai pun bangun bersama-sama dengannya (meneruskan sembahyang) sehingga apabila baginda selesai sembahyang dan mereka menunggu salamnya, ia bertakbir semasa duduk, dan ia sujud dua kali (sujud sahwi) sebelum memberi salam, kemudian ia memberi salam.



Cara melakukan Sujud Sahwi 
Saya ambil contoh solat subuh, pada sujud rakaat yang terakhir, jangan terus duduk tahiyat akhir tetapi duduklah seperti duduk di antara dua sujud. Jika solat berjemaah, selepas imam memberi salam untuk yang kedua kali (anda yang nak buat sujud sahwi, jangan la ikut imam beri salam jugak. Tunggu sebentar sebab kita nak buat sujud sahwi dulu) kemudian terus sujud sahwi.

Tetapi, jika anda solat seorang, maka selepas membaca tahiyat akhir, terus sujud sahwi. Sujud pertama, bangun dan duduk di antara dua sujud dan baca doa ini



kemudian, sujud kali kedua, bangun dan terus duduk tahiyat akhir dan memberi salam. TIDAK perlu membaca doa tahiyat akhir sebab dah baca tadi.

Bacaan di dalam sujud sahwi
Maksud:
Maha suci Allah yang tidak tidur, tidak lupa dan tidak lalai.


Jika ada yang tidak dapat menghafal doa di atas, boleh juga membaca doa yang kita baca sewaktu sujud di dalam solat fardhu iaitu :

Maksud:
Maha suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujianNya.


Baca sebanyak 3 kali di dalam setiap sujud.
Sekian perkongsian untuk hari ini. Moga bermanfaat untuk semua.


Terima kasih.

Sumber:
Google
http://iman-nur-qhamyl.blogspot.com/2011/04/makna-bacaan-ketika-sujud.html
http://www.mylepak.net/publ/renungan/info_sujud_sahwi/4-1-0-34


6 comments:

  1. MJ tengok gak semalam... Thanks dear syer maklumat nie ;)

    ReplyDelete
  2. Anne Raini: moga bermanfaat untuk semua :)

    Myra Jay: Alhamdulillah. Your are welcome dear :)

    ReplyDelete