Followers

Takziah untuk beliau sekeluarga.

Assalamualaikum w.b.t.

Kalau tiba saja musim perayaan, pasti kemalangan tidak dapat dielakkan. Itu yang selalu kita tonton di televisyen dan baca di surat khabar. Semoga ahli keluarga kita dilindungi daripada malapetaka tersebut. Amin.


Dua minggu lepas, saya ada terdengar di buletin utama tentang kemalangan yang meragut nyawa seorang jurutera dan seorang guru disebabkan terlanggar lori. Tapi dengar gitu-gitu aje la. Kemudian, buka facebook dan nampak artikel tentang berita kemalangan tu lagi kat newsfeed, yang orang post status dan segala benda tu. Saya abaikan saja dan terus scroll ke bawah. Tetiba saya perasan sesuatu dan saya pun tengok la balik berita tu.




Rupa-rupanya salah seorang yang terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa tu adalah suami senior saya di UTM. Saya takdela baik mana pun dengan senior tersebut tetapi pernahla chat dengan beliau. Seorang yang baik dan saya percaya dia seorang yang kuat. Kasihan sangat pada dia, dahla baru bersalin. Masih dalam pantang lagi rasanya. Usia perkahwinan mereka pun tak sampai setahun. Harap beliau kuat. Bila imbas kembali sangat mereka berkahwin, suka sangat saya tengok gambar mereka. Sebab tema perkahwinan mereka adalah ala taman. Buat di taman botani Putrajaya. Mereka sangat sepadan dan ada iras-iras jugak. Kata orang tua-tua, kalau pasangan tu seiras, berjodohla mereka. Tapi, apakan daya jodoh mereka tak panjang. Yang pasti, beliau adalah salah seorang yang terpilih untuk diuji oleh Allah S.W.T. untuk melalui ujian berat ini.


Tadi pun, masa saya tengok facebook dan baca post terdahulu mereka, menitis juga air mata ni. Ini baru orang luar yang tak kenal sangat dengan mereka. Apatah lagi, beliau yang mengalaminya.


Ya Allah, semoga kak Ain sentiasa tabah dalam menghadapi hari-hari mendatang. Dan semoga Mikhael, malaikat kecil mereka, dapat menjaga mummynya sebaik mungkin. InsyaAllah.




1 orang nak bagi idea:

  1. Salam takziah buat keluarga arwah, moga mereka kuat..

    ReplyDelete