Followers

Thursday, September 6, 2012

VCO : Usaha untuk kulit licin dan bebas jerawat

Assalamualaikum w.b.t.


Wah...wah...topik tak menahan. Tapi, memang betul pun. Walaupun VCO atau Virgin Coconut Oil atau pun dalam bahasa melayunya Minyak Kelapa Dara sudah dikenali umum tetapi saya baru je berani nak mencuba. Baru rasa teruja untuk mencuba selepas saya dah berputus asa dengan produk biasa. Nak jugak cuba supplement ni dan ini adalah kali kedua saya mencuba supplement berbentuk pil. Sebelum ni saya makan primrose oil. Tiada perubahan atau mungkin saya yang tak perasan. Tapi jerawat memang galak sangat tumbuh especially time period. Huhu...Bila dah tumbuh, dia tinggalkan kesan. Oh, sangat degil itu jerawat. Macam-macam produk dah cuba, tapi kebanyakannya memang takde kesan atau boleh saya katakan kulit saya ni degil/ketegaq (orang utara kata).

Akhirnya terbuka hati saya untuk mencuba VCO ni. Jadi, beberapa hari sebelum kita raya, saya beli la produk ni kat seorang kawan. Suka sebab dapat harga murah. Eh, bukan produk tiruan ye. Kang korang kata murah sebab produk tiruan. Bukan..bukan...haipp... Saya dapat murah sebab kawan saya ni dia tak amik untung, dia terus jual harga pengedar sebab dia pengedar dan sebab dia kawan saya so thats why dia tak amik untung. Hehe..


Dah dapat, excited nak cuba tapi tak berani lagi nak makan. Amik gambar dulu dan amik masa jugak. Raya kedua kot saya baru mula makan.




Ha, ini bukti produk tulen. Ada hologram tu. Tertera perkataan Original.






Yang penting ada pengesahan Halal oleh JAKIM. Lepas tu boleh makan tanpa rasa was-was. Hehe...

Pengakuan benar saya, sebenarnya saya makan pun tak ikut direction. I mean, supposedly kita kena makan 2 kali sehari, awal pagi dan malamnya sebelum tidur. Tetapi, saya cuma makan kadang-kadang je. Kadang-kadang makan selang-selang hari, kadang-kadang makan time nak tidur je. Habis, camne nak dapat kulit yang licin dan cantik.Huhuhu...

Yang hadir, jerawat la. Macam biasa. Terima dengan redha je. Tengokla bulan depan, saya review balik kesannya. Harap-harap tak lupa la. Hehe...

Update: 
Selain memakan pil/kapsul gel ni, kita jugak boleh sapu kat muka terutamanya kat tempat-tempat jerawat or parut jerawat tu. Saya ni...kalau rajin je buat macam tu. Macam mana saya buat, amik sebiji kapsul ni kemudian amik pin jarum, cucuk pada kapsul gel ni. Pastu sapu la minyak yang keluar tu kat muka. Thanx Eca bagitau part ni. Tertinggal pulak tadi =)


3 comments:

  1. klu xmakan,tempek pun boleh kan...hehehe

    ReplyDelete
  2. ha..betul2...lupa lak..thanx ingatkan...eca da pakai eh?

    ReplyDelete
  3. kawan ade try.. buat masa ni belom try lagi. tgk perubahan kawan dulu. ngee~

    ReplyDelete