Followers

Durian Crepe Ep 1

Assalamualaikum w.b.t.


Wah, episod satu la kononnya. Macam cerita atau cerpen bersiri pulak. Ok, jangan tertipu. Sebenarnya ada dua bahagian jadi separate kan entry maka jadilah episod satu yang sekarang ini dan bakal muncul episod dua, harapnya dalam masa terdekat la. Hehe... almaklum. Sekarang blog ni dah macam kepala kelapa yang tenggelam dan timbul T__T. Seminggu ke sebulan sekali baru update.huhu


Baiklah, marilah kita ke topik utama. Durian Crepe (DC). Wah...sekarang ni dah jadi sangat hot. Sana sini orang cakap pasal DC ni. Buka blog, banyak sungguh feed pasal DC ni. Blogwalking ke sana sini, cerita perihal DC lagi. Haihh...ini tak boleh jadi. Saya pun...daripada tengok selayang pandang terus tergoda ni. Hehe...Oh, sebelum tu, kot-kot sapa yang tak tahu apa itu Durian Crepe, meh saya tunjuk dulu.



Credited to BZEE Bakery

Yang ni pulak kalerful-kalerful...wah..kalau dapat ni, sayang nak makan. hehe.



Credited to Dapurkakzu



Nampak mengujakan bukan? err..bagi saya la. Orang lain saya tak taula. Sebenarnya saya dah pernah makan DC ni dulu. Lama dah. Beberapa tahun yang lepas. Beli kat Ikano. Tu pun sebab pernah nampak kat satu blog ni, pemiliknya tempek gambar dan cerita pasal makanan ni. Tapi masa tu, tak tau pun nama dia Durian Crepe. Hahaha...kelakar sangat bila ingat balik. Tak tau nama, lepas tu masa nak beli ni, memang cari betul-betul. Tanya orang kat kedai-kedai (stall kecik tu) kat area Ikea sampaila ke Ikano. Sebab masa tu, baru pertama kali datang Ikea. Tak tau pun tempat yang saya pi beli tu namanya Ikano. hihi..Now dah tahu.hehe.


Sekarang ni pulak nak cerita perihal sekarang. Disebabkan bila saya dah tengok gambar DC kat blog-blog dan facebook orang, jadi saya pun order la hari sabtu lepas. Sepatutnya delivery on monday tapi ada hal-hal yang tak dapat dielakkan. Jadi baker tu kata nak hantar hari ni dan saya masih menunggu SMS dari beliau. Harap-harap dapat la merasa. Haihh...tak sabar. So, harapnya dapat la DC tu kejap lagi dan insyaAllah, adalah episod 2 pulak nanti. Hehe...




2 orang nak bagi idea:

  1. Sampai sekarang tak pernah merasa lagi duian crepe ni hehe

    ReplyDelete