Wednesday, October 31, 2012

Penyakit M sudah datang

Assalamualaikum w.b.t.


Sudah...habislah. Penyakit 'M' yang paling tidak disukai sudah melanda diri ini.


Ha...Mesti anda tertanya-tanya, apakah penyakit 'M' itu. Saya percaya, ada dikalangan anda yang tahu dan mengalaminya terutama jika hari isnin menjelma. Yela, dah sedap bercuti hari sabtu dan ahad, tiba-tiba kena kerja hari esoknya. Saya pulak, dah cuti selama seminggu, dah nak kena start kelas dah. Ehh...jangan salah faham, saya bukan nak komplen atau nak cerita buruk-buruk tentang pengajian saya. Cuma sekadar perkongsian di sini, at least ada jugak entry baru di blog ini. Hehe.


Minggu lepas bermula cuti selama seminggu yang dikenali sebagai Midsem atau cuti pertengahan semester. Sepatutnya saya takdela terasa sangat sebab kelas saya hanyalah 3 hari dalam seminggu. Tapi entahlah. terasa jugak jadi dah rasa malas nak pergi kelas hari jumaat ni. Tak patut kan. Assignments yang banyak, hanya tunggu masa untuk disiapkan. Harap-harap En 'M' ni pergilah cepat-cepat. Actually kena motivate diri sendiri jugak ni. Adoii...T___T


erkk..saya tak komplen kan...saya cuma meluahkan rasa =p


Wish me luck ~



1 comment:

  1. heee cam tahu je penyakit M tu.. ngeee
    sme la ngn kte nie :)
    jom kasi smgt2x ~~

    ReplyDelete

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend