Thursday, November 8, 2012

Sambungan Burger Bakar di Perlis

Assalamualaikum w.b.t.



Hari tu saya ada cerita tentang burger bakar di Perlis. Ada jugak yang tanya kat mana. Ok. Kali ni saya cerita detail sikit. Sebab baru-baru ini saya ada pergi beli lagi. Bukan satu...bukan dua...tapi...5 ye kawan-kawan. 5 biji burger. Puas makan sorang satu. Terasa lemak-lemak tu sampai sekarang. Errkk..

Nasib baik sebelum pergi tu, abah saya dah telefon siap-siap kat ownernya dan terus buat order. So tak perlu tunggu lama-lama macam hari tu.T__T


Ni tempat diorang bakar burger. Guna pemanggang macam kita bakar ikan tu. Dan..kalau anda perasan, diorang guna kipas elektrik. Hehe...




Ha..ni rupa yang jelas sikit.




Yang baju putih dan berseluar khakis tu, ownernya.




Tunggu diorang pulangkan duit lebih...hehe




Ok, ni menu dan harganya. Contact no. pun ada. Kot-kotla sapa orang Perlis yang tengok blog saya ni ataupun sapa-sapa yang teringin nak datang Perlis. Bolehla cuba.




Lokasi dia, berdekatan dengan Taman Guru Jaya. Dekat Pokok Tui. Alamat yang sebenar, saya tak pasti. Hehe...Ha...ni jalan Kangar- Padang Besar.


Pendapat peribadi saya setelah mencuba dua kali, rasa daging burgernya boleh la...nak kata so..so...macam tak sedap pulak..atas sikit dari so..so...sebab tak tau kenapa...masa saya makan burger tu, rasa lemak-lemak daging tu. Saya tak berapa suka lemak-lemak daging ni. So kat situ dah kurang markah. Tapi kalau makan panas-panas, sedap nih. Tambah-tambah kalau ada sos blackpepper yang mencurah dalam burger tu...sedap. Tapi bagi saya, untuk makan dalam masa terdekat ni, mungkin takla.


Ok, sekian review saya. Jangan lah kata saya nak kutuk atau komen buruk-buruk atau apa-apa saja sebab pun kerana ini hanya pendapat peribadi saya sebagai seorang pelanggan. Sekian. Terima kasih.


1 comment:

  1. salam fiz,
    nadia sangat berbesar hati kalau fiz dapat join photoshoot blogger ni. :)

    http://www.nadiafarahida.com/2012/11/perhatian-kepada-semua-blogger.html

    ReplyDelete

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend