Followers

Saturday, December 15, 2012

Ice Blended

Assalamualaikum w.b.t.

Sekarang ni dah bercambah pelbagai jenis ice blended. Daripada yang jual kat pasar malam or kat jalan TAR tu sehinggalah ke Starbucks,Francisco coffee dan coffee bean...sebenarnya banyak lagi kan. Sebelum ni, demam Cool Blog dan ChaTime. Sana sini bercakap tentang 2 ice blended ni. Sedap. Memang sedap tapi jika pandai pilih flavour. Kalau tersalah pilih, ice blended ini akan jadi sama dengan ice blended yang jual kat pasar malam tu.

2 hari lepas, coursemate saya introduce dengan ice blended baru ni. Flavour yang kawan saya pilih, coklat campur dengan apple. Memang sangat sedap. Saya la yang tersalah pilih. Dah namanya hantu kopi, apa lagi saya pilihla mocha. Rasanya seperti air coffee yang pek 3 in 1 tu. Tak sedap :-[.

Korang suka tak ice blended?

1 comment:

  1. paling suka ice blended coklat caremel kat starbucks dgn vanilla ice blended kat mana2 saja..hehe

    ReplyDelete