Tuesday, December 11, 2012

Istanbul Aku Datang dan Breaking Dawn Part 2

Assalamualaikum w.b.t.

Dah beberapa kali saya cuba untuk membuat review tentang cerita ini iaitu Breaking Dawn Part 2 dan Istanbul Aku Datang. Dah nak hujung-hujung tayangan, tah mungkin dah habis tayangan kat panggung, baru saya berjaya nak cerita kat blog. Lambat sungguh T___T.

Kedua-dua filem ini, sangat best. Mungkin sebab saya peminat Twilight dan Lisa Surihani ;p. Rasa nak tengok kat panggung lagi dan lagi. Sebab best sangat. Tak puas tengok sekali jer.



Ok, cerita ni dah tengok berkali-kali dah. Agaknya dah lebih dari 5 kali kot saya duk ulang pasang je. Erkk...saya download je. Senang cerita.hehe



Ni pun rasa nak tengok lagi...Bila tah agaknya....ada lagi kan tayang kat panggung?






Lisa sangat comel. Tak macam wife orang pun dia. macam-macam budak-budak je.=)


Ha...saya tak nak tulis sinopsis sebab saya rasa hampir semua orang kalau tak tengok cerita ni pun, mesti ada tengok trailer dia kan. Cuma saya nak share part yang paling best..part yang paling unexpected...part yang paling sedih...huhu...

Istanbul Aku Datang
Part Happy dan kelakar : Banyak...Antaranya, fisrt time Dian dan Haris bergaduh. Sangat kelakar. "Jangan biadap....". Hehe...Then..pasal Dian yang takut kucing...lepas nampak kucing..lari lintang-pukang.So adorable...

Part Sedih: Masa Haris tengah cuci rambut Dian. Time tu tengah pasang lagu Patah Seribu. Dian menangis...saya pun menangis...sedih kot part tu.huhu. Ada lagi, babak Dian tengah kemas baju nak masukkan dalam beg. Dari bukaan pintu bilik yang sedikit tu, kita boleh nampak betapa sedihnya Dian. Dahla kena tipu dengan orang Turki yang tak baik tu, kemudian BF dia curang pulak. Kesian sangat.



********************************************



Twilight: Breaking Dawn Part 2 - dah ingat-ingat lupa cerita ni. Tengok sekali je..tu pun masa hari pertama tayangan kat Malaysia. Lama dah kan.

Part Happy dan kelakar: Paling kelakar, ofcourse la vision yang Alice nampak bila Renesemee dah besar. Dia couple dengan Jacob. Bila Edward nampak vision Alice tu, comel je dia gelak.

Part yang paling tak disangka: Bila kita semua ingat geng-geng Edward dah mati bila berlawan dengan puak Volturi. Tapi akhirnya diorang dapat membunuh ketua Volturi tu i.e. Aro. Tapi..rupa-rupanya...tertipu kita beb...sabor je la...Thats one of Alice's vision. Bila Aro nampak je dia akan mati dalam vision Alice tu, terus dia batalkan war antara diorang. Haha..Tahu takut...

Part sedih: Bila Bella ingat dia dah tak dapat bersama dengan anak dia dah. Siap tulis surat banyak-banyak untuk anak dia baca nanti. In case la diorang dah tak dapat jumpa lepas ni.


Sebenarnya ada lagi banyak. Tapi saya hanya taip apa yang saya teringat je. Ha...satu lagi...even saya suka sangat-sangat cerita Istanbul Aku Datang, saya memang cukup tak berkenan apabila lelaki dan perempuan yang bukan mahram selamba badak je peluk-peluk. Lepas tu, babak yang Azad suruh Dian pindah. Dian tak puas hati. Even tak buat apa-apa pun, sebagai orang Islam, mana lah boleh duduk satu rumah. Then satu lagi babak bila mamat Turki tu tanya kat Dian, why is not nice to stay with her boyfriend? She just said, Its just not nice....Thats all??? Ishhh...part ni saya memang tak boleh terima. Dalam agama Islam dah gariskan jika ini tak boleh..pasti ada sebab musababnya. takdela saja-saja tak boleh lah.Panas hati sikit part ni...


Okla...tak mau panas-panas hati...sekian review saya untuk 2 fiem ini.

Assalamualaikum w.b.t.


2 comments:

  1. akak tak tgk twilight sbb tak minat kristen tu.. Istanbul tu akak tgk tp mcm fizah gaklah, ada part yg akak tak berkenan..huhu

    ReplyDelete
  2. comeyyyy gile kan lisaaaaa! tak nampak macam bini orang ponnnn.

    ReplyDelete

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend