Followers

Tuesday, January 8, 2013

Tiket Air Asia Percuma Sempena 'Program Intergrasi 1Malaysia'

Assalamualaikum w.b.t.


Saya sangat suka berjalan-jalan, tambah-tambah kalau dapat keluarkan belanja yang sedikit tapi berbaloi. Siapa yang tak nak kan?? Ok, nak warkan kat sini yang Air Asia bakal mengadakan satu promosi tiket percuma tapi takdela sampai 0 sen macam dahulu kala yang pernah mereka buat dulu. Tax masih ada cuma surcharge and ticket price memang takde dan hanya untuk selected places jer.




Baiklah, untuk mengetahui lebih lanjut, saya quote berita ni dari sini :



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pelaksanaan 'Program Integrasi 1Malaysia' bersama Air Asia, yang menyaksikan tawaran penerbangan percuma oleh syarikat penerbangan itu bagi laluan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, untuk satu tempoh tertentu. 

Cara Dapatkan Tiket Percuma Air Asia 2013
Semua pengguna boleh mendapatkan tiket percuma Air Asia mulai 9 Januari 2013 bermula jam 12 tengah malam. Sila layari laman web Air Asia di http://www.airasia.com untuk maklumat lanjut. Sebanyak 10 ribu tiket akan diedarkan kepada semua rakyat Malaysia untuk menikmati tiket percuma tersebut. 

Destinasi Penerbangan Percuma
Tempat duduk percuma hanya sah bagi penerbangan yang berlepas dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru

Tempoh Penerbangan Percuma
Tiket percuma bagi penerbangan antara 14 Januari sehingga 4 Februari 2013 

Cara Pembayaran Penerbangan
Cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api dimansuhkan.

******************************

Tak lama je lagi, berapa minit je dari sekarang dah masuk 9hb Januari. Apa lagi..hehehe

ps: saya baru je check kat website Air Asia. Macam tak de sale pon. Harga macam biasa je. Apekah..??



2 comments:

  1. dengar kt radio jugak~~ nk jalan2 tapi da tak de mase.. huhu jadual padat dngn prgm.. melepas..~

    ReplyDelete
  2. tempoh masa die tu tak kena laaa..kalau tak nak gi gak..hehe

    ReplyDelete