Followers

Belum 'rezeki' saya lagi T__T

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini bersamaan dengan 9 April 2013, saya mendapat keputusan yang paling saya tunggu selama ini. Saya tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan saya.


Selama menunggu 'keputusan' ini, tentulah saya berharap dan sudah tentulah saya sebagai manusia berharap kepada yang positif, yang baik saja. Tapi, sebagai manusia, saya tahu, apa yang saya inginkan, apa yang saya mahukan ini... bukan yang terbaik untuk saya.


Sedih...sudah tentu saya sedih. Tapi awal-awal saya dah set dalam minda, walau apa pun keputusannya, pasti ada hikmah dan kebaikan di sebaliknya. Dah set awal-awal. Tapi...ye la...manusia kan...kadang-kadang mestilah mengharapkan sesuatu tu tambah-tambah, banyak jugak cabaran saya lalui sepanjang tempoh tu.


Pesanan untuk diri...

Diri, sabarlah...
Allah dah tentukan yang lebih baik dari ini...
Awak tak tahu sebab awak tak nampak masa depan macam mana...
Mungkin kalau awak dapat 'ini', awak akan jadi sombong, takbur, riak dan pelbagai lagi sifat mazmumah...kan...
Jadi Allah nak lindungi awak dari ada sifat-sifat tu, nak jauhkan awak dari sifat-sifat tu...
Bersabarlah... Ada yang lebih baik menanti...sabar ye..
Options





Always believe, just after the rain and thunderstorm, there must be a beautiful rainbow will appear. All you have to do, have faith to Allah. InshaAllah.

ps: saya kecewa dan sedikit sedih tapi saya tak putus asa. saya puas hati sebab saya dah buat yang terbaik dalam mendapatkan 'perkara ini'. Usaha, doa dan tawakal. Alhamdulillah, semua tu saya dah buat cuma mungkin belum rezeki saya lagi dan mungkin usaha saya belum cukup kuat untuk mendapatkan 'perkara' ini. 

Need time to console my heart T__T. 


4 orang nak bagi idea:

  1. be strong eh :)
    kadang2 Allah uji kita, untuk tengok sejauh mana kemampuan kita. tapi Dia takkan uji kalau dia tau kita tak mampuuu. kan? :)

    ReplyDelete
  2. Sabar ye dear, insyaAllah ada hikmahnya tu yg kita xtau

    ReplyDelete