Tuesday, June 25, 2013

My first Fishtail Peplum

Assalamualaikum w.b.t.


Sekian lama tidak membeli-belah secara maya (baca online shopping), maka semalam, ye kejadiannya berlaku semalam, saya telah terjebak dengan online shopping yang saya rasa pertama kali saya membeli lebih dari dua item. T___T. Habis dah duit kalau macam ni.


Sebenarnya dah lama saya teringin dengan Fishtail Peplum by Padieka. Selalu jugak saya masuk website Padieka ni, kot-kot mereka restock blouse ni. Selalu sold-out. Ada jugak saya google, kot-kot ada jual kat website or blog lain. Yes, memang ada tapi harganya lebih dari 2 kali ganda. Pelik. Sebab baju yang sama, design yang sama cuma saya perasan yang blog jual mahal tu, lining tiada di bahagian lengan. So memang kena pakai inner la sebab blouse ni dibuat daripada kain sifon. Jadi, reject la. Dahla harga mahal, kena pakai inner lagi. Ehh...maaf. Terluah ketidakpuasan hati.


Baiklah, terus kepada tajuk utama. Seperti yang anda semua maklum, peplum ni adalah dah famous since last year. And saya baru nak membeli untuk pertama kali pada tahun ini. Hehe..lambat sungguh. Nak buat macam mana, saya ni cerewet sikit. Susah nak berkenan dengan satu-satu baju/kasu/ handbag (eh..apehal masuk sampai kasut dan handbag ni :p) dan bila dah berkenan, yang tu lah selalu sold out. Dan, nak dijadikan rezeki saya, semalam semasa saya browse dan saja nak tengok website Padieka ni, nampak fishtail peplum masih available. Cuma warna dan saiz tak banyak. Takpela, ada la jugak warna yang saya berkenan.  Tak fikir panjang (erkk...sebenarnya fikir panjang jugak sebelum nak proceed to pay tu..) sebabnya...fikir pasal saiz. Yelah, kalau membeli secara maya ni, kita tak boleh cuba dan risiko saiz tu memang main peranan besar. Bila beli tak kena dengan saiz kita, rugi je terbiar. Saya pernah beli baju online, design dan warna dah berkenan sangat, bila sampai je. Aiseh, saiz besar la pulak. Takkan nak hantar ke tailor untuk oter, macam rugi je. So saya bagi je kat mak saya. Eh...dah melalut nih.


ok..ok...jadi nak ceritanya semalam saya telah membeli 3 helai baju fishtail peplum ni. Dok berdoa la semoga sampai hari ini. Dari semalam, asyik view je gambar kat website tu. Haihh...tak sabar sungguh kan. Dann... alhamdulillah, the parcel just arrived few hours ago. Wah...laju jugak Padieka buat process penghantaran. Purchase semalam, hari ni dah sampai ke rumah. Sangat suka. Tak sabar nak pakai ^_^.




Parcel sampai.


Terus buka...










Nak tengok close-up baju-baju saya? Pinjam gambar dari website Padieka:



FISHTAIL PEPLUM - DUSTY PINK
Baju ni dah sold out. Baru je tengok tadi. Fuh. Credit



FISHTAIL PEPLUM - CREAM





FISHTAIL PEPLUM - TURQUOISE



Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan pembelian dengan Padieka ni. Kain pun lembut dan tak jarang sangat. Full lining. Itu yang penting. Dan harga, murah la jugak nak compare dengan yang lain. Plus, mereka guna perkhidmatan poslaju dan its free, if u buy more than rm100. Worth right ;)

Tak sabar nak pakai but first thing first kena la basuh dulu. Hehe. Ok.tu je nak share. Wassalam.


3 comments:

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend