Followers

Salam Nisfu Sya'aban

Assalamualaikum w.b.t.


Salam Nisfu Sya'aban.

Hadis-hadis yang membicarakan tentang Nishfu Sya’ban kesemuanya berstatus daif (lemah) dan maudu’ (palsu) kecuali terdapat sebuah hadis menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h adalah sahih daripada Nabi s.a.w, iaitu riwayat yang diterima daripada Mu’az bin Jabal r.a yang berbunyi:

"ALLAH memerhatikan kepada makhluk-NYA pada malam Nisfu Sya’ban lalu DIA memberi keampunan kepada semua makhluk-NYA kecuali orang musyrik dan orang yang suka bergaduh." – Hadis riwayat Ibn Abu ‘Ashim di dalam Kitab al-Sunnah, Ibn Hibban di dalam Sahihnya dan al-Hafiz Ibn Hajar al-Haithami di dalam Majma’ al-Zawaid.

Oleh itu, sekiranya kita ingin termasuk di kalangan orang diberi keampunan oleh ALLAH pada malam Nisfu Sya’ban, kita hendaklah termasuk di kalangan orang yang tidak melakukan perbuatan syirik serta menghindari sifat suka bergaduh.

Namun, seharusnya kita sedari bahawa ALLAH juga turun ke langit dunia setiap hari pada sepertiga akhir malam.

Credit from Wardina Safiyyah OfficialPage


Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak untuk mengupdate entry terbaru di blog ini. Dah berapa bulan blog ni bersawang. Sekarang, kita dah berada di pertengahan bulan Sya'aban. Subhanallah, cepat sungguh masa berlalu. Tinggal separuh lagi dari bulan ini untuk kita masuk bulan Ramadan. Tak sabarnya. Semoga kita semua dapat mengimarahkan bulan ini sebaik-baiknya.


ps: ada yang tak habis ganti pose lagi ke?cepat-cepat ganti tau.



0 orang nak bagi idea:

Post a Comment