Followers

Sunday, July 21, 2013

Mee Kicap Ipoh

Assalamualaikum w.b.t.


Punyela lama memerap kisah ni. Ini kisah makanan. Itu sebab entry ni ditaip dan dipublish awal pagi, pukul 1.AM. Hehe.

Alkisahnya, saya ada makan mee kicap yang berasal dari Ipoh. Eh, ni bukan raw mee tambah kicap walaupun nampak macam ye. Tapi bukan, ada bahan-bahan lain sama.

Hari tu saya ada tengok dalam jalan-jalan cari makan (JJCM TV3), diorang ada makan mee kicap ni tapi bukan kat Ipoh, tu mee kicap kat Ampang, KL. Rupa-rupanya, mee kicap ni berasal dari Perak, betulla saya makan ni kat tempat 'origin'nya. Tapi mungkin tuan lain-lain la. Saya tak tau la pulak tuan gerai yang masuk dalam JJCM tu buka kedai dia kat mana kalau kt Ipoh. Huhu.


Ok, ni mee kicap dia. Mee tapi bentuk fizikalnya macam kewteow. Dicelur dengan air panas.





Kuah boleh dipilih samada kuah sup atau...






kuah kari...





Ada jugak sos. Tak faham kenapa diberi sos. Untuk cicah-cicah la kot..tapi macam pelik je...



Overall, sedap. Makanan ini telah direkomen oleh kawan sekelas saya yang berasal dari Perak. Ehh..kena bagitau ke... Heee..

Ok, sekian. Tetiba terlapar pulak tengok gambar-gambar ini. Maaf ye untuk sesiapa yang baca entry ni waktu siang. Huhu.




1 comment: