Thursday, September 12, 2013

Sepatah dua kata selepas...

Assalamualaikum w.b.t.


Lamanya tak menaip kat blog ni. Rasanya entry last saya menaip (without wordless entry) adalah masa entry raya. Itupun entry ucapan selamat hari raya. Tak cerita pun pasal hari raya, baju raya, duit raya and everything about raya kan. Memang blog ni diabaikan sungguh. Kesian kat dia.


Sebenarnya, nak mula menaip ni pun mengambil juga. Idea untuk mengarang ayat sudah berkurang hari demi hari. Haii..macam mana la nak writing tesis nanti. T__T. Niat di hati, dah beberapa kali nak buka blog sendiri dan taip entry baru tetapi semuanya asyik tergendala. Niat untuk mencari journal online pun boleh tergendala dek asyik baca newsfeed orang kat facebook, apatah lagi nak buka blog sendiri kan. Ohh..saya ada berkunjung ke blog anda...tanpa meninggalkan komen. Sekarang ni, suka membaca je. Hehe.


Ha, inipun niat saya nak beronline adalah untuk mencari online journal tapi lihatlah, dah ke blog and here my new entry. Takpala, atleast berupdate jugak entry kan. Rasa macam nak cerita macam-macam tapi nantilah. Keadaan belum mengizinkan lagi. Oh..raya kali ni agak best. =) Kelas pun dah start this week. Alhamdulillah, this semester, saya cuma ada 2 kelas untuk 2 subjek. Dan kedua-dua kelas itu adalah pada hari yang sama. Bestnya, tak payah nak berulang banyak kali ke kampus. Semester kali ini saya tak mohon untuk kolej penginapan pun. Ramai jugak yang bertanya, kenapa tak duduk kolej kediaman. Hmm..panjang sebenarnya jawapannya. Ada banyak sebab tapi based on last semester,  setiap minggu saya akan balik rumah. Saya cuma ada di bilik penginapan sehari sebelum kelas dan balik ke rumah biasanya sehari selepas kelas. Jadi rasa macam membazir pulak nak menyewa hostel tu.


Eh...baiklah. Saya patut berhenti di sini dulu. Ya Allah, semoga saya dapat melalui semester ini dengan baik. Mood excited untuk pergi kelas dah datang sebelum ni. Tapi bila dah masuk kelas, mood 'M' datang balik. Habislah kalau macam ni. Encik Rajin, silalah datang. Saya memerlukan semangat itu. huhu.


Till then, nite peeps ;)

Wassalam.





No comments:

Post a Comment

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend