Followers

Korean Drama : Master's Sun

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat Hari Isnin semua. =)

Sekarang ni, saya totally memang asyik layan cerita korea. Most of the time, saya la tukang conquer tv. Sampaikan adik saya perli-perli suruh duduk kat korea. Hahaha..


Pinjam sini


Cerita Master's Sun ni sangat menarik. Sebelum ni, kita banyak 'dihidangkan' dengan cerita korea yang meleleh air mata, kisah cinta yang ala-ala endless love gitu. Tapi, cerita ni ada part horror, fantasy, comedy and love. Tu yang buat cerita ni jadi best. Cerita ni dah nak habis. Minggu ni adalah last two episodes. Oh, cerita ni kat channel One, 393. Ost dia pun best. Saya suka sangat satu lagu tu. Ada kat bawah ni saya share.

Saya cerita serba ringkas kat bawah ni.=)

Tae Gong Sil, seorang gadis yang unik kerana beliau dapat melihat dan berinteraksi dengan hantu. Kiranya Gong Sil ada sixth sense. Mana-mana hantu yang mati sebab dianiaya, depa mintak tolong kat Gong Sil la buat last wish depa. Or cari bukti sebab kematian depa. Ada satu part, nak kahwinkan hantu-hantu ni sebab masa depa hidup, tak sempat kahwin.;p Beliau ada kelebihan ini selepas kemalangan dan terlantar koma selama 3 tahun (kalau tak silap). Jadi, beliau tak biasa lagi dengan gift ni. Terkejut, takut, berdebar semua ada bila beliau ternampak hantu. Kemudian, beliau bertemu dengan Joo Jong Won, seorang pemuda yang kacak daripada keluarga kaya-raya yang memiliki satu syarikat bernama Kingdom dan hanya mementingkan duit je. Ni part best, kalau perempuan tu terpegang tangan dia pun dah cost berapa ringgit dah. Haha. Yang membuatkan Gong Sil tertarik kepada Jong Won ni sampai beliau sanggup jadi cleaner kat shopping complex Jong Won ni adalah bilamana dia pegang je badan or tangan Jong Won ni, hantu-hantu yang dia nampak akan hilang. Tu yang dia selalu saja perlukan Jong Won. Mula-mula Jong Won tak percaya pada hantu-hantu ni. Yela, orang zaman moden, mana nak percaya semua ni. Jong Won pun layan tak layan je mula-mula tu. But in the end, dah jatuh cinta pulak. Cuma episod minggu lepas, Gong Sil buat tak layan Jong Won balik sebab dia tak nak Jong Won ni sakit or ada bad luck if dengan dia. Ni sebab Jong Won pernah ditikam masa nak selamatkan Gong Sil. So tak tau la apa ending dia dan macam mana ending dia. Happy ending or twist ending. Tak sabar nak tengok.

Mulanya saya pelik jugak, apa maksud di sebalik Master's sun tu. Tuan? Tuan Guru? Matahari kepunyaan Tuan?  Haha... Tapi bila dah lama-lama tengok, ok, dah faham. Rupanya perumpamaan la Tae Gong Sil ni adalah matahari atau cahaya kepada Jo Jong Won ni. Kalau dia takda, gelaplah dunia Jong Won. Ha..gitu analogi dia.



OST Master's Sun: Touch Love courtesy by Youtube


Ok, sekian review cerita korea. Hmm..macam entry selepas-selepas ni banyak pasal drama or lagu-lagu korea je. Hehe.. Seriously, i'm falling with Korea. <3 .="" p="">

1 orang nak bagi idea:

  1. wahhhhhhhhhh terbaikkkkkkkkk seyes sy dh mintak kwn bg cite ni mlm ni! hahahh pelakon pmpn tu mmg best gile....heee

    ReplyDelete