Followers

Friday, December 27, 2013

Petua Kurangkan Batuk dan Kahak

Assalamualaikum w.b.t.


Hiii. Dah lama blog ni tidak berupdate. Kesian dia. Terabai. Entah masih ada lagi tak orang jenguk. Takpela.

Hari ni saya nak kongsi petua untuk menghilangkan mengurangkan batuk dan kahak. For the past few weeks, saya batuk dan lately ada kahak pulak. Hari tu, masa nak buat presentation dalam kelas pun terganggu. Masa nak amik exam SPA hari tu pun sama. Orang tengah fokus nak jawab exam. Saya pulak buat bising. Batuk...batuk dan batuk. Huhu... Takpe pija. Sakit kan penghapus dosa kecil. InsyaAllah.

So saya pun cuba la makan macam-macam ubat. Daripada gula-gula strepsil, fisherman friends, woods sampaila ubat batuk cough relief, ubat batuk yang diberi oleh doktor dan terbaru ubat batuk cap ibu dan anak. Masih tak batuk lagi. :'(. Tapi, bila fikir-fikir balik, sejak batuk hari tu, saya tak pernah pantang makan dan minum air ais. Siap boleh makan aiskrim lagi. Ha...amik. Sampai sekarang tak lega. So, sejak 2 hari lepas dah start pantang. Minum air panas or suam je. Lepas tu, saya google la, petua-petua yang boleh kurangkan sakit batk ni. Sebelum ni dah cuba makan kicap yang diperah limau. Tak berkesan. Mungkin lain orang, lain kesannya.


Lat bawah ni ada petua yang saya dapat dari SINI

Petua Merawat Batuk Berkahak


Pilihan 1: Daun Pegaga - Ambil setengah genggam daun pegaga dan rebus daun tersebut dengan 4 gelas air. Biarkan mendidih sehingga menjadi tinggal separuh. Tapiskan dan minum segelas, dan amalkan meminumnya 3 kali sehari.

Pilihan 2: Bunga Raya - Ambil 2 kuntum bunga raya dan potong halus bunga tersebut. Ambil setengah gelas air masak dan sedikit garam lalu campurkan dengan potongan bunga itu tadi. Perah dan tapiskan. Minum air tapisan 3 kali sehari.

Pilihan 3: Sembung - Ambil 15 gram daun sembung, sepotong bidara upas dan 20 gram daun pegaga. Potong halus kesemua bahan ini dan campurkan dengan 2 cawan air masak. Perah dan tapis. Minum secawan, 3 kali sehari.

Pilihan 4: Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila nasi menjadi kembang, minum airnya setiap pagi.

Pilihan 5: Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.

Pilihan 6: Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama 1 malam. Air itu hendaklah diminum 2 kali seminggu.

Pilihan 7: Campurkan 2 sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut 3 kali sehari.

Pilihan 8: Ambil 2 sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.

Pilihan 9: Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau itu dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh.

Pilihan 10: Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk dan kahak hilang.


Oh lupa pulak nak cerita, saya ada juga cuba makan madu. Orang kata salah satu petua untuk hilangkan batuk. Tapi tak berkesan juga. Makcik saya pun cakap madu tak berkesan. Tapi bukankah madu tu ubat asli. Kan..hm...Ok. Siapa-siapa ada petua lain, share la kat sini. =)

 

No comments:

Post a Comment