Followers

Thursday, January 9, 2014

.::2014 New Life!::.

Assalamualaikum w.b.t.

*Untuk permulaan entry kedua bagi tahun 2014, dah berapa kali taip, lepas tu padam. Ayoyo. Skill mengarang dah hilang ni. CAmna nak buat. Praktis lah. Practice makes better.


Hari ni dah seminggu menjalani rutin harian baru. Rutin harian yang pernah saya jalani 2 tahun yang lalu. Ha..jangan fikir bukan-bukan. Mesti pelik. Malas nak berteka-teki. Saya dah bekerja semula. Mengada, belajar pun tak habis lagi, dah kerja. Inilah, kalau dah pernah kerja dan pegang duit sendiri, once you are not working, memang terasa. Yang paling utama, nak beli itu ini la. Kena fikir banyak untuk beli something kalau tengah tak bekerja ni. Ye la, dah parents support, dari kecik sampai besar, nak itu nak ini. Awak dah besar, berpada-pada la nak beli barang tu. Maka, disebabkan itula saya mula bekerja semula. Ini pun sebab mak saya suruh jugak. Sebab kerja kali ini dengan kawan dia dan bukan pekerjaan pilihan saya.Takpe, sementara nak habiskan study, kerja dulu yang ni kan. Ini adalah ayat untuk sedapkan hati. T__T.


Ok, pasal study pulak. Alhamdulillah. Saya dah selesai menjawab peperiksaan bagi semester ini. In Sha Allah, tinggal satu semester lagi. Nampak macam sikit je lagi nak habis kan. Tapi..tapi..tapi...semester ni la yang paling menduga kot. Semester last ni untuk saya siapkan research saya. Buat tesis. Dulu, masa degree dah pernah buat so bertekad nanti kalau nak amik master, nak amik yang takda kena buat tesis tesis ni. Ha, sekarang amik!!! Kena buat!!! Yang tak nak tu la yang dapat. Eh..macam pernah dengar je kata-kata sebegitu.


Kawan-kawan, doakan saya diberi kekuatan jiwa dan keazaman yang tinggi untuk menyiapkan research ni. Saya ni...bab-bab ni malas sangat-sangat. Sebab ini semua kita punya plan. Ko nak siap cepat, buat betul2 Pija!. Ok..baikk...Saya nak habis cepat! Nak Kahwin! Erkk.. Tetiba. Ok..babai~



2 comments:

  1. in sha Allah berjayalah nnti settlekan master tu. selamat thn baru ye.

    ReplyDelete