Thursday, March 6, 2014

Budget Percutian ke Pulau Langkawi

Assalamualaikum w.b.t.


*Sambungan entry INI.


Sudah lama bertagak(ada ke perkataan ini?) untuk membuat entry mengenai budget percutian singkat saya bersama kawan-kawan pada pertengahan bulan Januari yang lalu.Ini adalah percutian yang sangat sangat sangat bajet ye. Huhu.


It was un-planned vacation for me. Alhamdulillah. It went well. Ada la jugak lopong sana-sini.  Percutian ini boleh dikatakan sebagai hadiah hari lahir saya yang lalu. Pembuka bulan pada tahun 2014, saya dah mula berjalan. Mentang-mentang la tengah cuti semester. Research ditinggalkan sebentar (takdela sebentar mana, lama jugak kot.Huhu).


Ok, back to the topic. Disebabkan ini adalah percutian yang tak dirancang, saya memang takda budget langsung untuk bercuti. Budget untuk duduk kat chalet yang selesa sikit, nak shopping lebih sikit. Memang tiada. Harapnya entry ini dapat dijadikan rujukan untuk sesiapa yang ingin bercuti di Pulau Langkawi. Mind that i'm staying in Perlis. So budget pengangkutan hanyalah menaiki feri dan sewa kereta di sana saja.


Budget Hari Pertama
1. Pengangkutan :Tiada. Kawan saya belanja tiket untuk feri. Harga tiket feri adalah RM 18.
2. Penginapan: Tumpang tidur di rumah colleague kawan saya.
3. Makan: Muffin Kenny Rogers 6 ketul (kawan belanja juga). Dinner pula di rumah kawan kepada kawan saya.

Jumlah perbelanjaan hari pertama: RM 0

Budget Hari Kedua
1. Pengangkutan: Kereta Sewa kurang dari 24 Jam = RM 120 (dibahagi 4) =RM 30
2. Minyak: RM 20/4 (rugi kat sini. Sepatutnya isi RM15 je)
3. Makan tengahari :RM 8.00
4. Island Hoping : RM 35
5. Chalet: RM 90 (dibahagi dua sebab share chalet dengan kawan)
6. Dinner: RM 12.90
7. Beli getah ikat rambut : RM 2
8. Deodoran: RM 16.90

Jumlah perbelanjaan hari kedua: RM 154.80


Budget Hari Ketiga
1. Breakfast: RM 6
2. Air Mineral: RM 6 (RM 2 *3)
3. Coconut Shake : RM 3.50
4. Beli coklat di Haji Ismail Group : RM 17.10
5. Menonton wayang 6D di Oriental Village: RM 18
6. Makan laksa di Kuala Perlis : RM 7

Jumlah perbelanjaan hari ketiga: RM 57.60



Budget yang dicatat untuk setiap penggunaan duit =p


Percutian saya bersama 3 orang sahabat. So ada amaun yang saya bahagi 4, ada yang bahagi dua dan ada yang darab 3. Kalau bahagi, maksudnya seorang kena bayar berapa. Kalau darab tu harga darab kuantiti la. Dah pergi beramai-ramai, ada part kawan cover, ada part kita cover sikit. Macam tu lah.


So, total perbelanjaan adalah RM  212.40 


Saya sebenarnya dah budget sebanyak RM 200 sahaja untuk cuti-cuti ni. Tengok, gigih nak budget macam tu. Tapi dah terlebih RM 12.40. Mission not accomplished. Huhu.Dan jumlah perbelanjaan ini adalah jumlah kasar. Kadang-kadang yang sen-sen tu saya terlupa the exact figure.


Next time, nak up sikit budget. Nak menginap di chalet or hotel yang selesa sikit. Saya dah aim dah hotel mana. Harap-harap accomplish la nanti. Weehee

Ok. Harap-harap membantu serba sedikit korang yang nak pergi destinasi budget ke Pulau Langkawi.


12 comments:

  1. wah..rajinnye buat bajet..sy xpenah pon..maen redah je..lepas balik dari bercuti mula la garu kepala duit habis..hehe

    ReplyDelete
  2. ecah khalili: huwaa...bercinta jugakla nak buat entry ni :'). asyik save dalam draft je.

    ReplyDelete
  3. Before nie kalau gie mana2 first2 wat budget jugak..itu before smp..dh smp budget tah ke mana ape tah kemana..lps dr tuh mmg xde wat dh budget..hehehehe

    ReplyDelete
  4. Falsya: hehe.selalu macam tu la kite pun.kadang2..eh..selalu tu terover bdget.haha

    ReplyDelete
  5. hihi kalau ke langkawi memang selalulah terlebih budget..
    godaan banyak.

    ReplyDelete
  6. Akk ade contact dekat langkawi tak?? Sebab saya ingat nak pergi dgn classmate.hee

    ReplyDelete
  7. Akak..ade contact di langkawi tak?saya ingat nak pergi sane dengan classmate.hee

    ReplyDelete
  8. Akk ade contact dekat langkawi tak?? Sebab saya ingat nak pergi dgn classmate.hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Contact mcm mna tu dik? Hotel ke?

      Delete
    2. sorry lmbat rply dik..baru buka blog hr ni.huhu.anything email akak ye..ada kat atas tu..part about me.

      Delete
  9. sangat rajin u buat bajet ye.. gigih.. saya ngan husband plan dr bulan ke bulan dh makan tahun... tak smpai2 lagi nak bercuti..hehe.. anyway..good job. sy dok fikir2 paling ciput pun rm500.

    jemput nanti jenjalan blog kay ye. tq. www.efkayvitashoppe.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..bajet saya simple je.ni pun utk rujukan sape2 yang nak pergi langkawi.at least ada guide kan ;)

      Delete

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend